Salam takziah untuk semua mangsa MH17

Salam takziah dari kami rakyat Malaysia kepada seluruh keluarga mangsa tragedi MH17. Semoga terus bersabar dan kuat dalam meneruskan dugaan kehidupan akan datang.

Ada isteri yang kehilangan suami, ada anak kehilangan ibu, ada adik kehilangan kakak, ada ibu kehilangan anak, ada juga yang kehilangan sahabat baik, tetapi seluruh rakyat Malaysia bersatu dan berkongsi saat memilukan ini bersama anda semua.

* Muhriz Marzaidi, 10 tahun, anak kepada Allahyarhamah Mastura Mustaffa tidak dapat menahan air mata di sisi keranda ibunya. Semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.