Sultan Selangor perkenan Khalid kekal MB

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan akan terus menjalankan tugasnya sehingga akhir penggal walaupun dipecat PKR.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, beliau mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas memberi penjelasan kepada baginda pagi tadi.

“Saya jelaskan bahawa di sebalik pemecatan sebagai ahli PKR saya masih memperoleh kepercayaaan majoriti ahli dewan.

“Justeru Tuanku berpuas hati dengan penjelasan dan perkenan untuk terus pegang jawataan menteri besar Selangor.
“Sehingga ada perkembangan terbaru saya akan terus jalankan tugas,” katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.

SUMBER

Kenyataan media Khalid Ibrahim: LINK