Zuraida dakwa rakyat akan berontak jika Dun dibubar

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa rakyat Selangor akan memberontak sekiranya DUN dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya baru diadakan. Adakah ini merupakan satu ‘mesej’ atau ‘ugutan’ terhadap Sultan Selangor yang mempunyai kuasa mutlak untuk melantik Menteri Besar baru ATAU membubarkan DUN Selangor?

Tidakkah Zuraida tahu (atau pernah cuba baca) mengenai Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor?

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Kamal Nik Mahmod, berkata berdasarkan perlembagaan negeri, baginda boleh membubarkan DUN dalam tiga keadaan dan yang pertama ialah apabila hampir sampai hayat DUN, maka Menteri Besar akan menasihatkan Sultan.

“Kedua, dalam keadaan lain apabila Menteri Besar hilang keyakinan daripada majoriti ahli DUN dan meletak jawatan, Sultan akan membubarkan DUN.

“Satu lagi keadaan ialah apabila tiada satu parti pun yang mendapat majoriti dalam DUN, maka Sultan akan membubarkan DUN untuk mencari mandat baru bagi parti politik yang bertanding dalam pilihan raya,” katanya lagi.

Dan yang paling menarik ialah apabila Zuraida turut memberi amaran, Pakatan Rakyat akan memenangi kesemua 56 kerusi DUN sekiranya Sultan Selangor membubarkan DUN.

Dengan kata lain, Zuraida Kamaruddin sebenarnya cuba memberitahu bahawa Sultan Selangor adalah salah seorang pemimpin UMNO yang perlu sedar bahawa pembubaran DUN Selangor, tidak akan memenangkan UMNO, sebaliknya baginda akan lebih terpukul kerana tiada seorang pun wakil UMNO dalam DUN Selangor!

Atau Zuraida takut rakyat Selangor ‘memberontak’ terhadap mereka sebenarnya?

Sekali lagi, apa kaitan UMNO dengan krisis ciptaan KETUM dan kuncu-kuncu mereka sendiri? Tidak masuk akal.