Zuraida khalid penderhaka yang belum masuk neraka

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin mencabar Khalid untuk menubuhkan parti politik baru dan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk mengukur sokongannya di Selangor.

Beliau menuduh Khalid sebagai menderhaka kepada PKR kerana enggan mengikut arahan parti untuk memberi laluan kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah mengambil alih jawatan itu.

“Parti memilih Presiden dan sanggup juga (Khalid) ingkar, bagaimana kita mahu menerima anggota yang bersikap demikian. Derhaka tapi belum masuk neraka lagilah.

“Mestilah ada sikap rendah diri cukuplah lima tahun kita beri untuk beliau mentadbir cara beliau dan sekarang kita minta beliau bagi laluan tapi beliau berdegil,” kata Zuraida.

“Saya cakap tentang etika anggota parti. Harus mematuhi undang-undang parti kalau tidak mahu buat parti sendiri dan jadi MB sendiri,” tambah beliau yang juga timbalan pengerusi PKR Selangor.

“Lepas ni (saya minta Khalid) buat parti BEBAS ikut pilihan raya tengok boleh menang ke tidak,” katanya ketika menyampaikan Penerangan Isu Semasa Selangor kepada rakyat Shah Alam.

Jelasnya lagi, keputusan parti untuk menyingkirkan menteri besar Selangor itu diambil petang tadi setelah parti sabar menunggu penjelasan Khalid bersabit beberapa isu.

“Kami di peringkat kepimpinan tidak mahu sampai ke tahap begini sebenarnya sebab kita malu kita juga tidak mahu mengaibkan orang tapi kita banyak bersabar maka kita ambil tindakan ini,” kata Zuraida.

Bodek kuat.