2 Adun PAS pengkhianat PAS wira DAP

Digelar pengkhianat oleh PAS, dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin mendapat sambutan sebagai seorang wira daripada penyokong Cina dalam majlis makan malam DAP malam tadi.

Duduk bersebelahan pemimpin popular DAP Lit Siang, hadirin bangun memberi tepukan gemuruh dan beberapa pemimpin DAP menggelar mereka sebagai “penyelamat Pakatan Rakyat”.

“Kamu bukan pengkhianat, kamu wira rakyat,” kata bekas exco Selangor Ronnie Liu di majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 700 orang di Petaling Jaya malam tadi.

Sementara itu, ADUN Bukit Gasing R Rajiv berkata, mereka berdua harus menandatangani akuan berkanun (SD) bersama wakil PKR dan DAP bagi menghancurkan harapan kerjasama PAS-Umno.

“Jika tidak kerana mereka, kita sudah tentu akan lihat kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno,” katanya.