Adam Adli dihukum atas tuduhan menghasut

Sudah terang lagi bersuluh perbuatan yang terang-terang salah akibat kebodohan ditambah dengan mencabar pihak Polis untuk menangkapnya dengan memberi nama penuh dan nombor kad pengenalan (konon berani).

Polis telah menyahut cabaran dan dia akan meringkuk di dalam penjara.

Sudahkah beliau membayar PTPTN?

“Bersalah,” tulisnya melalui akaun Twitternya dari mahkamah pagi ini.

“Mempunyai pandangan berbeza nampaknya merupakan satu jenayah sekarang, menurut pihak pendakwa kita,” katanya menerusi akaun Twitter itu.

Tidak lupa juga wahai Adam Adli, ‘pandangan berbeza’ atau ‘berlainan pendapat’ tidak sama langsung dengan ‘menghasut’ dan ‘mahu menjatuhkan kerajaan yang dibentuk secara demokrasi’.

Petikan ucapan hasutan oleh Adam Adli:

“Kalau ada polis, kalau ada SB, kalau ada agen-agen daripada Umno sekalipun, nama saya Adam Adli bin Abdul Halim, no kad pengenalan 890703075357, ambil butiran saya, buat laporan polis, kerana hari ini saya nak ajak semua yang ada disini kita harus susun dan kita akan turun ke jalanraya untuk rampaskan kuasa, boleh atau tidak ?, boleh atau tidak ?, boleh atau tidak ?”

“Kita tak banyak masa lagi, semua siap sedia, beli kasut, beli tracksuit, beli seluar jeans, sedia kita akan turun ke jalanraya, sebab akhirnya dalam dunia ketiga macam negara Malaysia, pilihanraya takkan tumbangkan kerajaan, yang boleh tumbangkan kerajaan hanyalah kuasa rakyat.”

Boleh lihat di dalam video ini: LINK

Jika di China, kamu sudah dihukum mati. Aneh juga, banyak duit Adam upah peguam hebat?