Anwar hanya sertai UMNO untuk kuasa dan jadi PM

Tulisan Ahmad Lutfi ini ditulis pada tahun 1993, ketika menerajui syarikatnya sendiri, Penerbitan Pemuda. Ketika itu Ahmad Lutfi merupakan penulis prolifik yang menyerang Anwar melalui buku-buku terbitan syarikatnya. Lebih daripada 5 buku diterbitkan menyerang kredibiliti Anwar yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan.

Dalam satu buku terbitannya bertajuk, “Memo buat bakal PM”. Di dalam chapter ke 4, buku itu, penulis menulis khusus hubungan Anwar dengan PAS bertajuk “Darah Anwar dalam PAS”.

(Tulisan lengkap boleh dibaca di sini ).

Di dalam chapter itu, Ahmad Lutfi mendedahkan rahsia pertelagahan antara kumpulan uztaz dan bukan ustaz dalam ABIM. Hujahnya berasaskan pendapat berbeza mengenai faktor kemasukan kumpulan ustaz ke dalam PAS di antara Siddiq Fadhil vs Nakhie Ahmad.

Siddiq Fadhil (Presiden ABIM pro Anwar) berkata : Kemasukan kumpulan ustaz ABIM (Fadhil Noor, Hadi Awang, Nakhie Ahmad) ke dalam PAS tiada arahan daripada Anwar tetapi dibuat dengan keputusan sendiri tanpa mendapat restu daripada ABIM.

Nakhie Ahmad (Ketika itu Naib Presiden PAS & Ketua Pengarang Harakah), menulis di Harakah 1988 : Kemasukan kumpulan ustaz ABIM ke dalam PAS, diarahkan oleh Anwar kononnya untuk menyelamatkan PAS yang kalah teruk di bawah pimpinan Asri Haji Muda. Dakwa Nakhie, Anwar sendiri menyuruh kumpulan ustaz ABIM sertai PAS setelah mendapat lampu hijau daripada Pak Natsir dan WAMY.

Perbalahan pendapat dua kem ABIM yang berlainan fikrah ini berlaku kerana Siddiq Fadhil, proksi Anwar dalam ABIM berusaha menarik sokongan seluruh ahli ABIM untuk menyokong Anwar Ibrahim yang telah menyertai UMNO. Siddiq Fadhil sendiri kemudian dilantik sebagai panel pemikir IKD, satu badan pusat pemikir Anwar.

Manakala Nakhie Ahmad pula mempertahankan kaitan ABIM dengan PAS. Sepatutnya ABIM menyokong PAS sebagai sebuah NGO Islam, bukannya menyokong Anwar Ibrahim.

Tetapi Ahmad Lutfi sendiri walaupun lebih bersetuju dengan pendapat Nakhie, beliau juga memasukkan pendapat sendiri, hasil monolognya dengan ‘sahabat’nya dalam program Pertemuan Wartawan Nusantara II. Diandaikan penulis bersetuju dengan pendapat ‘sahabat’nya sehingga dimasukkan menjadi fokus capter bukunya itu. Pendapat sahabat dan penulis sama.

Ahmad Lutfi menulis : Anwar dengan sengaja merancang dan berkonspirasi memasukkan (menyingkir? ) kumpulan ustaz ABIM ke dalam PAS. Kalau benar, Anwar ‘sayangkan’ PAS, kenapa Anwar sendiri tidak menyertai PAS ? Anwar bukan bercita-cita memperjuangkan Islam, tetapi bercita untuk mendapatkan kuasa, menyertai UMNO untuk menjadi PM.

Menurut Ahmad Lutfi lagi, Anwar manusia paling bahaya, boleh bermuka-muka (munafik?). Ketika Anwar sedang merancang bersama PAS menghadapi Pilihanraya 1982, ketika sama juga Anwar menyertai UMNO. Bukankah seperti ular berkepala dua ?

Menariknya dalam tulisan Ahmad Lutfi ini, beliau memasukkan kata-kata Mohamad Sabu (ketika itu Ahli Parlimen PAS, Nilam Puri) yang mendakwa Anwar Menteri Kewangan yang korup dan mendapat habuan daripada tokeh judi, Vincent Tan.

Ahmad Lutfi mendakwa Anwar Menteri Kewangan yang tidak cekap sehingga Bank Negara mengalami kerugian hampir RM16,000 juta.

Keseriusan Ahmad Lutfi mendedahkan ketidakcekapan Anwar sebagai Menteri Kewangan disusuli dengan penulisannya dalam chapter ke 5 bertajuk “Kerugian Bank Negara : Siapa pula Kaki Judi ?”

Dalam chapter itu, penulis melaporkan Bank Negara mengalami kerugian sebanyak RM9,300 juta pada pertengahan April 1993, akibat urusniaga pertukaran asing (George Soros?).

( Baca Anwar Ibrahim punca kerugian Bank Negara 1993 – Lim Kit Siang : LINK )

Ketika itu Anwar adalah Menteri Kewangan dan Tan Sri Jaffar Hussein adalah Gabenor Bank Negara. Untuk rekod Tan Sri Jaffar bukanlah orang yang berkuasa di Bank Negara ketika itu (walaupun statusnya sebagai Gabenor), tetapi orang yang paling berkuasa di Bank Negara adalah Datuk Abdul Murad Khalid, Penolong Gabenor Bank Negara.

Lebih menarik lagi, Ahmad Lutfi turut mengaitkan Anwar dengan Amerika Syarikat, walaupun buku itu ditulis sekitar tahun 1993. Bermakna orang yang pertama mendedahkan hubungan Anwar dan Amerika Syarikat adalah Ahmad Lutfi Othman, seorang penulis prolifik anti-Anwar.