Dewan Pemuda PAS tuduh DAP sengaja cari pasal

Dalam tempoh seminggu selepas muktamar PAS, beberapa insiden yang sengaja dicetuskan oleh DAP terhadap PAS untuk memercikkan api perbalahan.

Lihat sahaja status Facebook Tony Pua pada 21 September yang lepas, “dah nyanyuk ke” yang ditujukan kepada Presiden PAS sehari selepas tamat Muktamar PAS.

Sebenarnya ia bermula sebelum itu lagi apabila pimpinan DAP langsung tidak kelihatan untuk turun membantu PRK Pengkalan Kubor.

25 September pula, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP pula memecat bendahari PAS Pulau Pinang daripada Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang mengkritik kerajaan negeri dalam muktamar lepas.

Kemudian, 26 September Pemuda DAP Sarawak mengeluarkan kenytaan tamatkan kerjasama dengan PAS di Sarawak.

Tidak cukup dengan itu, 27 September pula dua Adun PAS yang mengkhianati PAS Selangor diangkat sebagai “hero” dalam satu majlis makan malam anjuran DAP di Selangor.

Kami yakin akan ada lagi tindak-tanduk DAP yang sedang mabuk KetUm untuk mendesak dan menekan PAS supaya keluar daripada Pakatan Rakyat.

Ia dipercayai susulan daripada muktamar yang lalu apabila Presiden PAS menegaskan akan kekal bersama Pakatan Rakyat.

Mereka sedang mabuk KetUm untuk menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Memang ada grand-design dari dalam dan luar PAS untuk menekan dan menolak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, dengan PasMa sebagai pengganti.

Tulisan ini akan dilabel sebagai pemecah belah PR dan tidak berakhlak oleh konon-kononnya penyokong PAS dan PR, dalam masa sama hanya menutup mata melihat DAP yang sedang mabuk KetUm.

Apalah sangat sekadar mengatakan DAP mabuk KetUm jika dibandingkan dengan DAP yang menuduh nyanyuk, dan tamatkan kerjasama dengan PAS.

SUMBER