Lim Guan Eng minta ampun Taichi kepada Anwar

Penyokong PKR, lihatlah pengkhianatan terhadap Anwar, sifat tikam belakang dan lepas tangan Lim Guan Eng ini.

Hebat sungguh Lim Guan Eng men’taichi’kan semua kesalahan kepada Ketua Umum Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung DAP memohon ampun kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana membuat baginda berasa dukacita terhadap keputusan DAP hanya menghantar 1 nama untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Lim Guan Eng berkata, keputusan DAP mengemukakan nama Wan Azizah sahaja kepada baginda dicapai selepas rundingan dengan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

Lim berkata, beliau akan berunding kembali dengan Anwar berhubung perkara itu.

“Tak cikgu. Bukan saya, cikgu. Dia ni yang suruh, cikgu!”