Majlis Peguam adakan EGM desak kerajaan mansuh akta hasutan

Hari ini, Jumaat jam 3 pm di Wisma MCA Jln Ampang, Bar Council akan mengadakan EGM untuk meluluskan usul mendesak kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Saya selaku ahli Badan Peguam Malaysia akan turut hadir dan mengundi menentang usul tersebut dari diluluskan.

Tapi saya percaya, usul tersebut akan tetap diluluskan kerana tidak ramai peguam yang berminat untuk hadir dan menentang Bar Council.

Kepada majoriti peguam di Malaysia, jom ramai-ramai kita pergi EGM dan tunjukkan bantahan kita. Jangan kita terus biarkan sekumpulan minoriti peguam berterusan mencemarkan imej dan integriti profesion guaman di Malaysia.

(1) MENJELANG EGM BAR COUNCIL JAM 3 PETANG HARI INI DI WISMA MCA JALAN AMPANG

Saya teringat hadir ke EGM Bar Council 2 tahun lepas.
Ketika itu semua yang mengaku Peguam di benarkan masuk ke dalam dewan mesyuarat tanpa pemeriksaan kad pengenalan bagi pengesahan identiti.
Ramai yang bukan Peguam menyelinap masuk asalkan geng mereka dan mengundi dalam EGM tsbt.

Begitulah caranya Bar Council mencukupkan korum EGM mrk.

(2) Saya masih ingat dalam EGM Bar Council 2 tahun lepas, saya bangun dan bercakap dalam dewan yg di penuhi 1700 org peguam pro Anwar Ibrahim.

Saya mempersoalkan isu korum mesyuarat, kelemahan dari segi lemahnya kawalan di pintu masuk dewan sehinggakan pengundi hantu yg bukan peguam juga dgn mudah masuk dan mengundi serta saya mempersoalkan apa hak Bar Council membuat EGM ini bagi menyokong Bersih sedangkan banyak lagi isu kebajikan ahli Badan Peguam yg tidak di pedulikan oleh BarCouncil.
Saya dapat bercakap dalam masa hanya 4 minit dan dlm tempoh itu saya di ejek, di boo, di cemuh dan di kutuk oleh monyet2 peliharaan lim guan eng yg kebetulan juga mrk merupakan seorg peguam.

Sebelum saya duduk, saya sempat menyatakan bahawa “you fight for a freedom of speech and you condemn the govt for infringing your right but now, here I am standing and you denied my right”

(3) Saya juga masih ingat dalam EGM Bar Council 2 tahun lepas di Ballroom Hotel Sunway Putra.

Masa tu di katakan 1753 orang ahli Malaysian Bar hadir ke EGM dan kami duduk dalam 3 baris susunan kerusi, ruang tengah, left wing dan right wing.

Bila tiba masa mengundi, secara angkat tangan, 3 orang telah di lantik (di kalangan orang mereka) untuk mengira undi bagi setiap baris.

Bila tangan di angkat, baris pertama di kira 363 undi, baris kedua 847 undi dan baris ketiga 268 undi menjadikan jumlah yg mengundi setuju dengan usul adalah 1478 undi menyokong dan 12 undi menentang termasuk undi saya.

PERSOALANNYA, MEREKA MENGIRA JUMLAH UNDI 1478 BERKENAAN DALAM TEMPOH KURANG 3 MINIT.

Mereka buat macam Mr Bean kira kambing lah tu.

#KekalkanAktaHasutan

Tunjukkan sokongan anda kepada saudara Mohd Khairul Azam Abdul Aziz atau Buzze Adam,
Presiden Kelab Warisan Malaysia dan seorang pengamal undang-undang.

LINK