MB baru Selangor angkat sumpah selasa ini

Menteri Besar Selangor yang baharu dijangka mengangkat sumpah Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang.

Sumber istana berkata, Istiadat Angkat Sumpah itu akan diadakan jam 10 pagi pada 23 September ini.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan siapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bakal menjadi menteri besar yang baharu itu.