PAS redha tanpa DAP & PKR di PRK – Pengkalan Kubor

PAS redha dengan tindakan rakannya dari PKR dan DAP yang tidak dapat turut sama membantu kempen calonnnya dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Pengarah jentera PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata para pemimpin PKR dan DAP tidak turut serta dalam hari-hari terakhir kempennya kerana tumpuan pada isu pelantikan menteri besar Selangor.

“Dalam masa dua hari ini PKR dan DAP terpaksa uruskan perkara yang melibatkan pimpinan induk yang dipanggil bermesyuarat.

“Kita faham situasi ini dan kita boleh tangani (ketiadaan pemimpin Pakatan),” katanya yang merujuk kepada mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat berhubung pelantikan Azmin Ali.

Hanya pemimpin tertinggi PAS muncul dalam ceramah perdana PAS dalam kempen pilihan raya kecil di DUN Pengkalan Kubor pada malam tadi, tanpa kehadiran pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti yang dijanjikan.

Kesian. Rizab RM3 bilion lebih diutamakan.