Pejabat penasihat ekonomi Selangor tutup

Sebagai mengakhiri tempoh berkhidmat selama enam tahun, Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim menutup pejabat penasihat ekonomi negeri itu semalam, yang dipegang oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) Faekah Husin berkata pejabat di Plaza Perangsang, Shah Alam telah ditutup untuk menjimatkan kos. Penutupan itu berikutan hal ehwal ekonomi dilihat mampu diuruskan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC).

Anwar telah dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri pada tahun 2009 dan pejabatnya telah diletakkan di bawah MBI bagi mendapat manfaat daripada pengalaman dan kepakaran beliau sebagai bekas Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Faekah mengucapkan terima kasih kepada Anwar untuk tahun perkhidmatannya tetapi juga melontarkan kritikan kepada bekas penasihat ekonomi itu bahawa beliau telah menerima gaji yang tidak wajar untuk jawatan penasihat beliau.

“Sehubungan itu, kita berpendapat adalah wajar Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Selangor,” kata Faekah.

Pendek kata, Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan penasihat yang disandang beliau sebelum ini.