Perbandingan sikap PAS terhadap Anwar sebelum dan selepas keluar dari UMNO

Mungkin ramai generasi muda sekarang kurang tahu atau kurang didedahkan dengan sandiwara politik 90an ketika Anwar Ibrahim berkuasa. Sila baca artikel ini dan sebarkan, kerana mengikut Tn Guru Hj Hadi Awang, mengumpat dan menceritakan keburukan pemimpin adalah wajib.

Sekarang cuba kita lihat dan bandingkan sikap dan pandangan PAS terhadap Anwar Ibrahim selepas ia tersingkir dari parti dan kerajaan :


1) ANWAR IBRAHIM DIANGGAP SEBAGAI SEORANG PEJUANG ISLAM YANG INGIN MENG’ISLAM’KAN UMNO & KERAJAAN DARI DALAM.

Tetapi sebelum itu dia dianggap oleh PAS :

> cuba ‘menghalalkan’ ratu cantik yang berpakaian separuh bogel

> cuba ‘menghalamkan’ konsert yang melalaikan dan penuh maksiat

> mengagumi tulisan Salman Rushdie yang jelas menghina Islam dan Nabi Muhammad

> baik dengan taukeh judi dan mendapat pembiayaan mereka semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO

> apabila mendapat kuasa sebagai Menteri Kewangan, telah menghalalkan lebih banyak jenis judi

> menambahkan lagi bilangan judi lumba kuda yang sedia ada

> menjadikan Genting Highland tempat judi ke 3 terbesar di dunia

> tindak tanduknya menjadi dilema sebagai pengganti Mahathir di dalam menangani isu moral dan agama

> dia pandai memainkan sentimen agama sesuai dengan tahap pemikiran orang Melayu

> maklumat salah menyebabkan masyarakat Islam antarabangsa menganggapnya pemimpin Islam yang unggul

> Mat Sabu terpaksa berjumpa pemimpin Islam luar negara dan menerangkan keburukkan Anwar supaya mereka mengenali siapa sebenarnya Anwar

> disokong oleh Barat kerana cara Islamnya menepati cita rasa Barat untuk menguasai umat Islam sebelah sini

(di dalam ceramah PAS dan tulisan-tulisan di dalam internet, Anwar
dianggap sebagai anti ulamak, anti Islam dan murtad kerana menolak
hudud)


2) ANWAR IBRAHIM SEORANG YANG BERSIH YANG CUBA MENGHALANG TUN MAHATHIR & KRONINYA DARIPADA MENGAUT KEKAYAAN NEGARA UNTUK DIRI MEREKA.

Tetapi sebelum itu dia dianggap oleh PAS :

> lebih ganas dari Tun Mahathir dalam gejala nepotisme dan kronisme

> ayah dan saudaranya menjadi jutawan dengan mendapat saham dan melalui perniagaan yang diragukan keupayaan mereka

> kawan dan rakannya terkenal dengan skandal penggadaian tanah dan menimbunkan kekayaan

> UIA tercorot di Asia kerana amalan pilih kasihnya dan menjadi tempat kawan-kawannya berlonggok untuk mendapat ijazah

> sebagai Presiden dia mengongkong UIA lebih dahsyat daripada yang berlaku di universiti-universiti lain

> berwajah Firaun, kerana dasar yang digunakan dalam Belanjawan 1994 yang lebih mementingkan gangster ekonomi

> menguasai media arus perdana dengan pertolongan jutawan Cina untuk mengukuhkan kedudukannya

> mengamal pilih kasih dan menyekat peluang orang lain yang dikira tidak secucuk dengannya

> silap sikit demonstrasi sehingga budak mati kerana demam panas, dikatakan kebuluran


3) ANWAR IBRAHIM TELAH DIANIAYA & DIZALIMI KERANA MENENTANG TUN MAHATHIR.

Tetapi sebelum itu dia dianggap oleh PAS :

> kesayangan Dr Mahathir sehingga Dr Mahathir sanggup mengenepikan orang-orang lama UMNO untuk menaikkan Anwar

> Dr Mahathir menjadikan Anwar cukup berkuasa apabila melantiknya sebagai Menteri Kewangan disamping Timbalan Perdana Menteri

> dapat pengaruhi Dr Mahathir dalam pemecatan Ketua Pengarang Berita Harian dan Zam iaitu orang rapat Dr Mahathir dan melantik orangnya Johan Jaafar yang langsung tiada pengalaman bidang kewartawanan

> Anwar dianggap zalim apabila menggunakan media, politik wang, saham dan RM300juta duit Petronas Dagang yang dikebasnya untuk diberi kepada perwakilan Sabah untuk menjatuhkan Ghafar Baba

> Anwar campur tangan dalam krisis MARA yang diterajui oleh Tamrin, tetapi pelurunya dituju kepada Ghafar Baba


4) SKANDAL SEKS ANWAR IBRAHIM ADALAH ANTARA KONSPIRASI KONCO-KONCO TUN MAHATHIR UNTUK MENJATUHKANNYA.

Tetapi sebelum itu PAS menganggap :

> Dr Mahathir cuba menutup skandal timbalannya walaupun mangsa telah membuat laporan polis

> dalam siri ceramahnya, PAS mendedahkan skandal ini dan menayangkan salinan surat sumpah orang (Azizan) yang mengaku diliwat oleh Anwar kepada hadirin

> mendedahkan ada cubaan membunuh orang yang mengaku diliwat oleh Anwar, tetapi media tidak mendedahkannya

> Mat Sabu yang pernah berjumpa dengan penulis surat terbuka tersebut (Umi Hafilda), mendedahkan mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu, walaupun tidak menuduh Anwar melakukan apa-apa

> menurut Mat Sabu, penulis surat terbuka mengenai skandal ini berada dalam ketakutan kerana masih diugut, diancam oleh pihak tertentu dan tidak berani bertembung dengan orang kerana dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas

> mempertikai sikap Anwar yang berdiam diri dan tidak cuba membersihkan namanya

(ada usaha dari PAS untuk mendedahkan skandal ini kepada umum dengan menerbitkan VCD yang menemubual mereka yang terlibat dalam salah laku seks Anwar)


5) ANWAR IBRAHIM AKAN DIANGKAT MENJADI PERDANA MENTERI JIKA PAKATAN PEMBANGKANG YANG DITERAJUI PAS MENANG PILIHANRAYA.

Tetapi sebelum itu dia dianggap oleh PAS :

> keupayaannya untuk mengantikan Dr Mahathir dipertikai

> keupayaannya sebagai Menteri Kewangan dipertikaikan

> lebih ganas dari Dr Mahathir dengan tindak tanduknya walaupun belum berkuasa penuh

> takut jika Anwar menjadi PM, dan berharap dan berdoa Dr Mahathir menerajui pilihanraya bukannya Anwar

> PAS lebih selesa jika Dr Mahathir kekal

> ISA, kebebasan dan akta-akta lain mungkin diketatkan lagi jika Anwar berkuasa penuh

> cakap tidak serupa bikin, bikin tidak serupa cakap dalam isu Akta Universiti

> cakap berbelit-belit mengenai kenaikkan kadar tol

> budak mentah, cepat naik angin, silap sikit buat demonstrasi


Apabila Anwar disingkirkan dari parti dan kerajaan, ini bermakna doa
PAS sebelum itu telah termakbul dan sebahagian perjuangan PAS telah tercapai, mengapa pula doa dan perjuangan PAS kemudiannya menjadi songsang?

PAS bukan sahaja berdoa tetapi berjuang termasuk berdemonstrasi supaya Anwar dapat kembali berkuasa dan seterusnya
menjadi Perdana Menteri Malaysia.

PAS pernah menganggap, Anwar licik menggunakan agama untuk dilihat mempunyai imej yang bersih dan sebagai pemimpin Islam yang unggul, samada di dalam atau luar negara. Apakah perubahan mendadak sokongan PAS terhadap Anwar dalam krisisnya dengan Dr Mahathir menunjukkan PAS juga telah terpedaya dengan imej Anwar ini?

Jika PAS tidak terpedaya dan sememangnya Anwar adalah seorang perjuang Islam yang bersih dan unggul yang layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, ini bermakna tuduhan PAS sebelum ini bahawa Anwar pandai menggunakan agama untuk kepentingannya dan semua tuduhan-tuduhan lain, adalah suatu pembohongan dan fitnah yang besar terhadap Anwar.

Samada PAS terpedaya atau tidak, apakah perjuangan seperti ini boleh dianggap sebagai perjuangan Islam? Beginikah yang dikatakan ‘Kepimpinan Ulamak’? Inikah sifat ‘Ulamak Perwaris Nabi’? Bukankah ianya lebih bersifat kufur, fasik, munafik dan zalim?