Pihak mana yang Mendapat keuntungan dari kematian Teoh Beng Hock

Kes Teoh Beng Hock telah ditimbulkan semula. Kali ini kerana Mahkamah Rayuan, yang pada 5 September mengetepikan keputusan terbuka oleh koroner atas kematian Beng Hock, menolak kemungkinan bunuh diri. Secara peribadi, kes Teoh Beng Hock ini telah diheret terlalu lama, kini dalam tahun kelima tanpa pengakhiran bagi keluarga Beng Hock dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM telah diserang dari pelbagai arah sejak kematian Teoh Beng Hock lima tahun lalu. Serangan dan tohmahan yang paling dahsyat dikenakan adalah dari Democratic Action Party (DAP) melalui pemimpinnya iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Mereka bukan sahaja menyerang SPRM di dalam negara, malah telah memulakan siri jelajah ke negara-negara lain dan menyerang SPRM, dengan yang terbaru di Shanghai.

Soalan saya, kenapa mereka menyerang SPRM? Perkara pertama yang patut dilakukan DAP adalah melakukan siasatan dalaman tentang mengapa Teoh Beng Hock dipanggil ke SPRM. Media cetak dan online pada masa itu menyatakan bahawa sebab Teoh Beng Hock dipanggil ke SPRM adalah disebabkan kes penyalahgunaan kuasa dan salah urus dana awam oleh wakil rakyat DAP di Selangor. DAP telah cuba untuk menafikan tuduhan ini tetapi sehingga kini mereka telah gagal untuk membuktikannya kepada orang ramai.

Sebaliknya, DAP mula menyerang penyiasat dan prosedur operasi (SOP) SPRM daripada mempertahankan dakwaan terhadap mereka. Ini adalah serupa seperti menyerang pegawai-pegawai kastam yang memeriksa dan merampas barang larangan di dalam bagasi anda sedangkan anda sendiri yang melanggar undang-undang. Pada pendapat saya, tingkah laku ini adalah tipikal di dalam organisasi yang telah melakukan jenayah tetapi cuba untuk menutupinya dengan menyalahkan orang lain iaitu dalam kes ini pihak SPRM.

Saya ingin para pembaca untuk benar-benar berfikir secara mendalam mengenai isu ini. Punca kematian Teoh Beng Hock adalah bukan kerana SPRM, ia adalah kerana siasatan yang SPRM sedang lakukan ketika itu. Teoh Beng Hock hanya seorang saksi. Malah SPRM akan mendapat manfaat yang besar jika Teoh Beng Hock masih hidup kerana dialah orang yang telah membantu SPRM. Sekarang, pihak mana yang anda fikirkan, mendapat manfaat daripada kematian Teoh Beng Hock?

Pada pendapat saya, pastinya bukan SPRM!

Artikel asal yang diterjemah sebaik mungkin: LINK