Sebelum Azmin jadi MB, jawab 3 Persoalan ini dahulu

Pemilihan Azmin Ali untuk mengisi kedudukan Menteri Besar Selangor jika menjadi kenyataan akan menjerumuskan terus negeri termaju di Malaysia itu ke dalam bencana.

Bagi beberapa bekas ahli PKR yang pernah sama-sama berjuang dengan Azmin, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu bukan sahaja tidak layak dari segi moralnya untuk memimpin negeri Selangor tetapi pemilihannya ibarat ‘lari daripada mulut harimau, terjun ke dalam mulut buaya’.

Jika Khalid Ibrahim dijatuhkan dengan alasan integriti, mampukah Azmin membuktikan integritinya lebih tinggi berbanding Khalid Ibrahim dengan menjawab 3 persoalan ini :

  1. Lupakah kita dari segi moral, Azmin dianggap sebagai lelaki dayus kerana sehingga kini takut untuk melafazkan sumpah laknat meskipun dakwaan yang dilemparkan cukup besar iaitu menghalalkan isterinya sendiri untuk menjalinkan hubungan sulit dengan Anwar. Azmin juga terpalit dengan isu skandal bersama wanita dalam jamban.
  2. Anak emas Anwar ini juga dikaitkan dengan jenayah kolar putih sewaktu berkhidmat dengan Anwar semasa Ketua Pembangkang menerajui Kementerian Kewangan sehingga dia dan isterinya boleh memiliki saham bernilai jutaan ringgit walaupun hanya bergaji kurang RM3,000 sebulan. Dakwaan ini juga gagal dinafikan oleh Azmin.
  3. Dalam akuan bersumpah bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid mengenai RM3 bilion yang diseleweng juga mengaitkan nama isteri Azmin. Akuan bersumpah ini tidak pernah dicabar di mana-mana mahkamah oleh Anwar mahupun Azmin.