Tiada lagi protes oleh himpunan hijau lepas menang Parlimen Raub di PRU13

Tiada lagi isu sianida (cyanide) kerana objektif DAP untuk menang di Raub tercapai. Secara ajaibnya isu itu hilang setelah kerusi dimenangi dan tiada apa yang berubah malah aktiviti lombong emas yang dibantah masih beroperasi seperti biasa.

Rakyat Malaysia dan Raub terutamanya sekali lagi diperbodohkan oleh penipuan dan propaganda palsu oleh Pakatan Rakyat.

Dan oleh kerana Bentong tidak jatuh ke tangan DAP, isu Lynas masih dimainkan.

Sampai bila ‘aktivis-aktivis’ dan rakyat mahu dipergunakan oleh politikus DAP yang hidup kaya-raya di dalam rumah agam dan memandu Mercedes?

Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGM) bertindak menarik semula segala tuntutan saman yang dikeluarkan ke atas Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Mengharamkan Penggunaan Sianida Dalam Perlombongan Emas di Raub (BCAC) selepas permohonan maaf dibuat pengerusi terbabit di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 3 September lalu.

Pengarah RAGM, Datuk Ir Azinuddin Abd Rahim berkata, pihaknya menganggap dengan selesainya perkara terbabit, maka tidak akan timbul lagi perkara mengaibkan syarikat tersebut pada masa akan datang.

Menurutnya, pengerusi BCAC, Wong Kin Hoong, telah mengeluarkan satu kenyataan berunsur fitnah ke atas syarikat RAGM dalam satu laporan bertarikh 2 Ogos 2012 bertajuk ‘Raub folk to rally against poisonous gold’.

“Apa yang dikeluarkan pihak terbabit dalam satu sidang media yang diadakan bersama sebuah akbar portal menimbulkan keaiban kepada syarikat justeru syarikat bertindak dengan memfailkan saman fitnah ke atas pihak terbabit pada 4 September tahun lalu.

“Namun pada 3 September lalu, pihak terbabit telah membuat permohonan maaf atas artikel yang dikeluarkan, justeru kami bersetuju menarik semula segala tuntutan sebagaimana yang dinasihatkan mahkamah,” katanya.

Katanya, permohonan maaf terbabit sekali gus membuktikan bahawa apa yang dinyatakan dalam artikel berkenaan adalah satu tohmahan tidak berasas ke atas RAGM.

Dengan itu katanya, ini juga membuktikan tiada lagi kebimbangan yang boleh ditimbulkan berkaitan aktiviti perlombongan emas dilaksanakan RAGM di kawasan Bukit Koman yang dikatakan berbahaya kepada penduduk sekitar sebelum ini.

Azinuddin berkata, tuduhan tidak berasas dilemparkan BCAC sebelum ini mengakibatkan penduduk berasa terancam, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam diri mereka.

“Selepas ini, tiada lagi sebab untuk pihak terbabit membangkitkan isu yang boleh mendatangkan ancaman dan kebimbangan dalam kalangan penduduk Bukit Koman,” katanya.

SOP Pakatan Rakyat – Fitnah, Demo, Menang pilihanraya, Kena Saman, Minta maaf.