Tiada maaf dari IGP jika hina Polis

Tidak pernah terfikir kah mereka akan pengorbanan seluruh anggota keselamatan negara ini hingga dengan mudah menghina dan mencaci? Kepada siapa juga mereka membuat aduan dan mohon perlindungan (selain mohon perlindungan dari Tuhan yang Maha Esa) jika bukan dari pasukan keselamatan negara?

Rakan-rakan kami juga terdiri dari anggota PDRM, malah ramai yang mempunyai ibu bapa, adik dan abang yang menyertai PDRM demi melindungi keselamatan awam dan mencari rezeki yang halal. Jika ‘anjing-anjing’ ini mahu dihina sesuka hati, mohon tarik semula kewarganegaraan mereka kerana kedaulatan undang-undang tidak lagi dihormati.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menolak permohonan maaf dari seorang pengguna Twitter yang didakwa menghina beliau, dan menegaskan bahawa mereka yang bersalah akan dihukum.

“Tiada Maaf lagi kpd sesiapa jua yg menyalahgunakan rangkaian media utk menghina/mengutuk dan menghasut.

“Tunggu [email protected],” kata Khalid yang mengguna twitter @KBA51, dalam satu tulisan hari ini.

Semalam, pengguna Twitter Viktor Wong telah memohon maaf kepada Khalid kerana menghina ketua polis negara semalam.

Kelmarin, Wong, dalam reaksinya terhadap penangkapan beramai-ramai di Pulau Pinang, menggelar Khalid “ruthless” (zalim) dan menyamakannya dengan Heinrich Himmler, seorang komander tentera utama Parti Nazi.

Himmler dikatakan telah menyelia pembunuhan enam juta Yahudi semasa Holocaust.

Tidak lama selepas itu, Khalid menerbitkan gambar komen tersebut dan mengarahkan pegawainya mengesan Wong dan mengambil tindakan terhadapnya, dalam posting Twitter.

Beliau juga meminta tindakan diambil terhadap pengguna Twitter lain yang memanggilnya “anjing BN”.

Syabas IGP dan Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )!