wakeupmalaya capai 10K likes

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang banyak membantu mempromosikan laman ini secara langsung atau tidak langsung selama ini.

Kami memulakan akaun ini pada bulan Jun dan tidak pernah menjangka jumlah ‘page likes’ mencapai 10K hanya dalam masa tidak sampai 3 bulan walaupun algoritma Facebook semakin ‘kejam’ kini.

Harapan kami agar rakan-rakan akan terus menyokong dan menghargai ‘approach’ kami yang agak sedikit berbeza melalui seni visual.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua.

*mampukah kami mencapai 50K ‘page likes’ sebelum 2015?