Wan Azizah tiada dalam pencalonan MB Selangor

Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail tidak akan menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Khalid, yang dijadualkan akan digantikan calon yang dipilih sendiri oleh Sultan esok berkata dia tidak tahu siapa calon pilihan Baginda, tetapi ia dipilih dari calon-calon yang telah disenarai pendek untuk jawatan itu.

“Wan Azizah tiada dalam senarai pendek, walaupun beberapa orang beliau masih berharap untuk itu (berlaku).”

“Saya hanya akan tahu apabila MB baru menandatangani surat pelantikan esok,” kata Khalid Ibrahim dalam satu temubual hari ini.

Kempunan lah Wan Azizah dan suami.

Malaysiakini