‘Warisan’ Kemerdekaan

Setelah 57 tahun merdeka, adakah ‘warisan’ kemerdekaan menghargai apa yang dinikmati sekarang? Menghasut dan dihasut, memfitnah dan difitnah menjadi makanan ruji. Akal fikiran rasional ditolak ketepi. Emosi beraja di hati. Perjuangan radikal menjadi tunjang. Apakah kita bersedia untuk korbankan nikmat keamanan yang kita nikmati puluhan tahun ini? Sehingga bila kita mahu biarkan anasir perosak merobek tembok perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan negara?

Tidakkah kita insaf melihat pergolakan dan kemusnahan yang terjadi di negara-negara lain?

Sudahkah mereka lupa:

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Siapa lagi yang akan menjadi ‘pembina’ negara tercinta ini kalau bukan ‘warisan’ kemerdekaan.

Like dan share jika anda cintakan keamanan, cintakan perpaduan dan cintakan Malaysia. Like dan share jika anda bencikan hasutan, bencikan kemusnahan dan bencikan rusuhan.

Merdeka, merdeka, merdeka dari anasir radikal.