Zuraida dakwa PAS hanya layak kerusi sagu hati dalam EXCO Selangor

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mencadangkan kepada Menteri Besar Selangor Azmin Ali supaya mengurangkan jumlah empat kerusi exco kerajaan negeri yang sebelum ini diperuntukkan kepada PAS.

Katanya, memandangkan PAS tidak menyokong kedua-dua calon PKR iaitu Azmin dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, maka wajar, PAS hanya diberikan kerusi ‘sagu hati’.

Wanita PKR menuntut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memohon maaf kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, langkah yang dilihat bakal memburukkan lagi hubungan kedua-dua parti.

Ketuanya Zuraida Kamaruddin berkata, langkah itu mesti dilakukan “demi kasih sayang anggota PAS dan perpaduan sesama anggota Pakatan Rakyat”.

“Walaupun Haji Hadi mengeluarkan kenyataan yang mengguris Datuk Seri Wan Azizah, perkara itu sudah berlaku dan kita patut bergerak bersama dan bergerak ke masa depan sekali lagi.

“Kami harap Haji Hadi akan memohon maaf terhadap segala dakwaan yang tidak enak didengar oleh presiden kami,” katanya.