Amnesty International, ABU, PSM, SUARAM, APBM, ANTIFA MALAYSIA, BAR COUNCIL, LAWYER FOR LIBERTY dan Rakan-Rakannya, Terima Kasih Membersihkan ‘SAMPAH’ Untuk Kami

Ali Abd Jalil, yang juga dikenali sebagai “Rejimen Anarki” online telah melarikan diri ke Sweden untuk mengelak dari didakwa 4 tuduhan hasutan di Malaysia.

Dia menyatakan (di dalam status Facebook) dia melarikan diri seperti seorang yang pengecut kerana “Kerajaan dan Sultan di Malaysia memperlakukan saya seperti sampah.”

Mungkin kerana anda ADALAH SAMPAH dan itulah sebabnya anda diperlakukan seperti ini.

Sepanjang tahun lalu mungkin ramai akan ternampak posting di Facebook oleh “Rejimen Anarki” yang sangat menghina institusi kesultanan dan kerajaan.

Saya harus mengatakan bahawa akhbar salah untuk menggambarkan dia adalah seorang aktivis. Dia lebih kepada seorang penganut fahaman anarki sebagaimana nama ‘online’ yang digunakan – malah gambarnya di Sweden menunjukkan dia memegang bendera Sang Saka Malaya dan bukannya bendera Malaysia. Tujuannya adalah sangat jelas.

Walau apa pun, saya berharap Amnesty International dan badan yang dibiayai oleh NED (CIA) serta sangat berat sebelah kepada PKR iaitu Lawyers for Liberty yang membantu dia melarikan diri ke Sweden sedar bahawa mereka telah membantu seseorang yang jelas sangat bersalah dalam melanggar undang-undang Malaysia selama lebih dari setahun.

Beliau pada dasarnya tiada memperkatakan perkara positif atau cadangan yang ideal di dalam setiap posting selain daripada menghina semua orang berulang kali. Saya percaya dia hanya berusaha untuk mendapatkan perhatian dan menjadikan dirinya terkenal.

Sila baca sendiri kebanyakan postingnya yang sangat menghina:http://tinyurl.com/mfmxjpj

Negara-negara di Eropah seperti Jerman, Norway, Sepanyol, Itali, Belanda, Switzerland dan Poland, ia adalah haram untuk menghina ketua negara asing secara terbuka. Negara-negara ini mempunyai undang-undang Lèse-majesté (undang-undang melindungi kehormatan raja) dan terdapat banyak contoh-contoh dakwaan terbaru.

Kuwait, Jordan, Maghribi dan Thailand juga mempunyai undang-undang itu bahkan hukuman yang dikenakan lebih berat dan anda boleh berakhir dengan 15 tahun penjara kerana menghina Raja.

Malaysia tidak mempunyai undang-undang Lèse-majesté seperti negara-negara yang disenaraikan di atas dan bergantung kepada Akta Hasutan untuk mendakwa sesiapa yang menghina institusi kesultanan dan Raja melayu.

Berdasarkan bukti selama setahun itu, TIADA ALASAN bahawa Ali Abd Jali boleh dalam apa jua cara dianggap sebagai ‘pendakwaan terpilih’ dan itulah sebabnya dia dikenakan 4 tuduhan hasutan terhadapnya.

Dia bukan seorang ahli politik ataupun ahli akademik mahupun orang terkenal – jadi mengapa kerajaan Malaysia mendakwanya secara ‘terpilih’ kerana hasutan?

Jadi, mengapa pilih Malaysia?

Oleh itu, Amnesty International, sila jangan pilih kasih dan bantulah orang-orang “aktivis” atau “anarkis” dari negara demikian, terutama negara-negara Eropah, melarikan diri pada masa akan datang dari dakwaan yang dikenakan terhadap mereka.

Bagaimanapun, Malaysia berterima kasih kepada anda semua kerana membersihkan ‘sampah’ negara ini untuk kami.

Untuk Rejimen Anarki, saya mengucapkan selamat berjaya dalam hidup baru di Sweden. Kemungkinan besar tidak lama lagi, anda akan mengeluh tentang institusi diRaja Sweden, 25% GST dan €1.401 (RM5.82) harga bagi setiap liter RON95.

Diterjemah dari artikel oleh Lim Sian See:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1578125179072937&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1&permPage=1