Anwar cuba sedaya upaya melengahkan perbicaraan kes liwatnya atas alasan yang hanya diketahui oleh dirinya sendiri, mengecewakan pihak pendakwa & menimbulkan kejengkelan masyarakat awam

Mahkamah Rayuan Sebut Anwar Berperibadi Buruk.

Kenyataan bertulis salah seorang Hakim Mahkamah Rayuan, Abdul Malik bertarikh 11 Ogos 2011. Berikut adalah keputusan penghakiman Abdul Malik pada perenggan 5, 6, 15, 18, 50, dan 75.

[5] Kes ini akan tercatat dalam sejarah. Ia akan tersenarai sebagai satu-satunya kes di dalam negara kita atau dalam lingkungan negara-negara Komanwel di mana perayu selaku tertuduh (yakni Anwar) secara berterusan dan konsisten memfailkan satu demi satu permohonan untuk menggugurkan hakim perbicaraan daripada terus mendengar dan menyambungkan pendengaran perbicaraan liwat yang sedang berlangsung.

[6] Si perayu seolah-olah mencuba sedaya upaya melengahkan perbicaraan kes liwatnya atas alasan yang hanya diketahui oleh dirinya sendiri, ini mengecewakan pihak pendakwa dan menimbulkan kejengkelan masyarakat awam.

[15] Ia merupakan suatu kritikan yang tidak munasabah (terhadap hakim yang arif) bermaksud untuk menipu dan mengelirukan masyarakat awam. Adalah mudah untuk mengkritik tetapi sentiasa sukar untuk mewajarkan.

[18] Adalah amat sukar untuk kami menerima Notis Usulan yang difailkan berdasarkan kepercayaan tulen bahawa hakim perbicaraan bersikap tidak adil terhadap perayu.

[49] Pertuduhan diperihalkan secara jelas apa yang dilakukan perayu kepada Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan (SP1).

[50] Perbicaraan ini dilengah-lengahkan tanpa kewajaran. Ia mendapat liputan luas media.

[75] Permohonan penarikan diri yang disebut di dalam Notis Usul mengambil kira perbicaraan panjang yang dan memperlihatkan muslihat si perayu (Anwar) di setiap sudut dan sisi dalam usahanya untuk menjejaskan perjalanan kes perbicaraan jenayah pihak perayu bagi suatu kesalahan meliwat SP1. Kes ini adalah ibu kepada semua perbicaraan di Malaysia.