Anwar dituntut tunaikan janji sebab penyingkiran Khalid Ibrahim

Kami menuntut Ketua Umum Anwar Ibrahim menunaikan janji untuk menjelaskan kepada rakyat sebab sebenar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu disingkir.

Khalid dipecat dari PKR pada 9 Ogos menyebabkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor perlu diganti dengan Mohamad Azmin Ali kerana beliau sudah menjadi wakil rakyat bebas.

Sebagai menjawab reaksi kemarahan rakyat, Anwar telah berjanji pada 28 September untuk menjelaskan sebab sebenar penyingkiran Khalid itu.

Namun sehingga kini, Anwar gagal menunaikan janjinya itu.

“Saya tidak akan mengalah dan meletakkan jawatan sebagai ADUN Pelabuhan Kelang maupun Ahli Parlimen Bandar Tun Razak,” kenyataan Khalid selepas pulang dari Brisbane, Australia semalam.

“Saya akan lawan untuk membersihkan nama baik saya, biar Rakyat Menjadi Hakim Negara pula,” kata Khalid lagi yang disambut oleh para penyokongnya di KLIA.

Agaknya Anwar terlalu sibuk membuat persiapan untuk memasuki ‘asrama Sungai Buloh’ hingga terlupa akan janjinya itu.