Anwar Tidak PErnah Panggil Saksi Alibi Bagi Menyokong Keterangan, Anwar Tidak Berani Memberi Keterangan Secara Bersumpah

EKSLUSIF KES LIWAT 2 – Persoalan 3

Mohd Saiful memilih keterangan secara ‘gentleman’ yakni dari ‘Kandang Saksi’ yang memerlukan acara angkat sumpah dan bersedia untuk disoal balas oleh pihak Anwar.

Peguambela bela utama, Karpal Singh, berusaha berkali-kali menggertak saksi utama dengan ugutan sumpah, membaca syarat-syaratnya dan tindakan mahkamah, namun begitu, Mohd Saiful sentiasa tenang menjawabnya, malah jawapannya konsisten tidak bercanggah antara satu sama lain.

Malah, apabila Mohd Saiful ingin memberikan jawapan lanjut berkenaan kejadian-kejadian liwat yang berlaku sebelum 26 Jun 2008, Karpal cepat-cepat menutupnya supaya kisah itu tidak tersebar.

Anehnya, Karpal juga memohon agar perbicaraan dijalankan secara tertutup, apabila Mohd Saiful ingin menceritakan secara terperinci bagaimana Anwar meliwatnya.

Tidak ada percanggahan jawapan saksi utama, walaupun disoal balas secara bertubi-tubi dengan nada pujukan, gertakan, mahupun provokasi oleh Karpal.

Pengadu juga menceritakan bagaimanakah dia boleh bekerja dengan Anwar dan selepas itu dilantik Anwar sebagai pembantu peribadinya.

Keterangan pengadu ini tidak dibantah oleh Anwar dan barisan peguamnya.

Secara keseluruhannya hujah-hujah bela dirinya (Anwar) gagal untuk melemahkan kredibel keterangan Mohd Saiful, bahkan keterangan bela diri tertuduh itu lebih mengukuhkan kredebiliti hujah pengadu.

Anwar memarahi Hakim Mohd Zabidin kerana mempercayai keterangan pengadu sebagai kredibel dan boleh dipercayai yang menjadi asas kepada keputusan hakim untuk mengarahkan Anwar membela diri.

“Yang Arif (hakim Mohd Zabidin) sepatutnya hanya memutuskan keabsahan keterangan akan siapakah yang bercakap benar pada saat penggulungan pembelaan, di mana saya dijangka akan memberi keterangan secara bersumpah,” kata Anwar, namun apabila Anwar diberi peluang membela diri, beliau sendiri gagal membuktikan dirinya di pihak benar apabila memilih beri keterangan secara tidak bersumpah dan tidak boleh disoal balas.

Sedangkan pengadu memilih memberi keterangan dari kandang saksi, dengan bersumpah dan memberi peluang yang luas kepada barisan peguambela Anwar untuk menyoal balasnya.

Lihat juga Saiful Bukhari lafaz sumpah di hadapan Kaabah, Mekah.