Bar Council Hanya Diam Seribu Bahasa Apabila Gopal Sri Ram, Hakim Yang Telah Bersara Muncul Mewakili Anwar Di Mahkamah Persekutuan

Majlis Peguam dituntut supaya bersuara dan tidak berat sebelah apabila pasukan peguam Anwar telah diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram menggantikan Datuk Sulaiman Abdullah yang dilaporkan tidak sihat dan terpaksa menarik diri.

Sebelum ini, pada 15 Mac 2014 Majlis Peguam telah meluluskan resolusi untuk melarang hakim bersara daripada perbicaraan di mahkamah, kata Presidennya Christopher Leong.

Selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-68 Bar (AGM), katanya kepada pemberita bahawa jika hakim yang telah bersara telah dibenarkan hadir sebagai peguam, ia boleh mempengaruhi persepsi umum mengenai pentadbiran keadilan.

Resolusi itu, yang disampaikan bersama oleh Tan Sri VC George, hakim bersara Mahkamah Rayuan bersama-sama dengan lima orang hakim bersara yang lain.

“Pindaan ini tidak menghalang mereka daripada menjalankan amalan, mereka masih boleh melakukan pemindahan hak dan rundingan, hanya tidak pergi ke mahkamah,” kata Christopher.

Kita tunggu dan lihat respons Christopher sama ada beliau akan bersuara untuk mempertikaikan perlantikan peguam bersara yang mewakili Anwar dan turut berada di dalam mahkamah.

Atau Christopher tutup mulut buat-buat tidak tahu dan mengesahkan sikap hipokrit Majlis Peguam yang berat sebelah dan tidak neutral tentang politik negara ini?

Majlis Peguam mungkin akan memberi alasan tidak akan memberi kenyataan kerana kes sedang berjalan dan tidak mahu contempt of court tetapi berapa ramai pemimpin Pakatan Pembangkang yang telah menghina mahkamah dan sistem kehakiman negara ini?

http://www.malaysia-today.net/retired-judges-should-not-litigate-bar-council/

http://www.malaysianbar.org.my/legal/general_news/lawyers_pass_resolution_to_prohibit_retired_judges_from_litigating_in_court.html