Berapa banyak cukai yang Anwar sumbangkan kepada Malaysia?

KETUM Anwar Ibrahim telah menggesa kerajaan mendedahkan cukai yang dikutip daripada 20 bilionair, termasuk anak Dr Mahathir Mohamad.

Antara lain, Anwar telah menamakan anak bekas Perdana Menteri Mokhzani Mahathir, serta taikun perniagaan T Ananda Krishnan dan Vincent Tan.

Bukan sahaja ia satu idea yang lucu (yang mungkin untuk mengalihkan perhatian daripada kes liwatnya di mahkamah yang akan datang), tetapi ia adalah satu lagi percubaan untuk melaungkan isu kroni sekali lagi.

Secara asasnya berdasarkan undang-undang, kerajaan tidak dapat mendedahkan berapa banyak setiap orang-orang ini membayar cukai pendapatan kerana jika tidak kerajaan juga perlu mendedahkan cukai pendapatan yang dibayar oleh Tokong (Lim Guan Eng), Ketum dan seluruh pemimpin pembangkang juga.

Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin (PKR) juga menyumbang suaranya untuk menyokong Ketum dengan meminta kerajaan untuk mendedahkan jumlah cukai yang dikutip dari 20 individu tersebut jika cukai individu mereka tidak boleh didedahkan.

Sudah tentu ini ‘kroni-kroni’ ini mempunyai syarikat-syarikat dan perniagaan lain. Pandangan sepintas lalu pada pegangan saham mereka ini yang dipanggil taikun dan keputusan kewangan syarikat-syarikat utama masing-masing akan menunjukkan berapa banyak setiap ‘kroni’ ini telah menyumbang kepada cukai pendapatan.

Kita mulakan dengan Syed Mokhtar, syarikat utamanya MMC membayar RM256 juta cukai korporat pada tahun 2013. Syed Moktar memiliki pegangan 51.76%, bermakna dari MMC sahaja, beliau telah menyumbang RM132 juta pada cukai.

Syed Mokhtar juga memiliki kepentingan dalam DRB Hicom dan POS Malaysia dan kedua-dua syarikat ini juga menyumbang kepada cukai.

Ananda Krishnan difahamkan mempunyai pegangan 50.80% dan 65% masing-masing di dalam Astro juga Maxis, dan dengan itu telah menyumbang RM61 juta dan RM470 juta dalam bentuk cukai untuk tahun 2013.

Vincent Tan dan saudara-saudaranya, yang kini merupakan ‘kroni’ bagi kedua-dua pihak (BN dan PR) kerana menjalankan begitu banyak perniagaan di negeri dikuasai pembangkang iaitu Pulau Pinang dan Selangor, mempunyai kepentingan langsung dan tidak langsung 48.08% dalam Berjaya Corp dan dengan itu menyumbang RM184 juta cukai korporat pada tahun lepas.

Manakala anak Tun M hanya memiliki 10.26% kepentingan dalam gabungan Sapura-Kencana, bermaksud Mokhzani menyumbang RM17 juta dalam bentuk cukai. Ia pernah lebih tinggi tetapi Mokhzani telah menjual banyak kepentingan Sapura Kencana dari masa ke semasa sejak kebelakangan ini.

Oleh itu, hanya dari beberapa ‘taikun’ serta ‘kroni-kroni’ yang disebut ini saja, RM1 bilion telah dibayar dalam bentuk cukai hanya dalam tempoh satu tahun.

Jadi KETUM dan YB Sim, berapa banyak cukai telah ANDA sumbangkan kepada kerajaan Malaysia pada tahun lepas?

Tulisan Lim Sian See yang diterjemah sebaik mungkin: LINK