CIA (Amerika), SID (Singapura) Dan ONA (Australia) Mempercayai Anwar Melakukan Aktiviti Homoseksual Dengan Bekas Pembantunya, Setelah Mereka Melakukan Cross-Check dan Perbandingan Dengan Maklumat Risikan dan Bukti Dari Badan Perisikan Dari Negara Masing-Masing

Wikileaks, 12 Disember 2010 membocorkan maklumat kes liwat Anwar yang bersumberkan dari Agensi Perisikan Singapura yang diperolehi mealui kaedah memintas talian komunikasi antara negara.

Berdasarkan kaedah risikan dan bukti teknikal, Agensi Perisikan Singapura itu mempercayai Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual (walaupun cuba dinafikan Anwar) dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

WikiLeaks, sebuah laman web antarabangsa, memperolehi maklumat itu daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, iaitu kira-kira lima bulan selepas dakwaan Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya itu terbongkar.

Turut disebut dalam WikiLeaks itu adalah kenyataan yang menyebut Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew sendiri mempercayai Anwar melakukan aktiviti homoseksual itu dan beliau turut memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) sewaktu mereka bertukar-tukar pandangan berkenaan kes liwat Anwar.

Resolusi cross-check(semakan semula) antara kedua negara itu memutuskan Singapura dan Australia mempercayai Anwar melakukan perbuatan liwat itu walaupun Anwar cuba menafikan.

“Australia mengatakan bahawa perkhidmatan risikan Singapura dan Lee Kuan Yew pernah memberitahu ONA semasa bertukar-tukar pandangan iaitu, Anwar sememangnya melakukan perbuatan itu (liwat), yang beliau sekarang sedang menghadapi pertuduhannya”.

Isu ini menjadi bertambah hangat apabila akhbar Australia, The Sydney Morning Herald menyiarkan berita tersebut untuk sebaran umum rakyatnya.

Anwar yang berang dengan pendedahan itu, terus mengarahkan peguam peribadinya, Sankara Nair menyaman Tun Dr Mahathir dan Utusan Malaysia, tetapi tidak menyaman The Sydney Morning Herald, Lee Kuan Yew dan WikiLeaks.

Dalam ceramah Anwar menggesa kerajaan Malaysia membawa Lee Kuan Yew sebagai saksi mahkamah di Malaysia kerana beliau tahu perkara itu mustahil dilakukan. Anwar juga turut meminta bukti-bukti yang mengesahkan beliau terlibat, walaupun dalam realiti sebenar dalam mahkamah, Anwar dan pasukan peguamnya berusaha bermati-matian menangguhkan kes serta berusaha berkali-kali menggugurkan kes itu daripada dibicarakan.

Blog Warisan2057 membuat ulasan bahawa pendedahan wikiLeaks ini benar-benar memberi pukulan kepada Anwar.

“Warisan sekadar hairan, Anwar sangat bimbang semacam dengan dakwaan wikileaks ini. Relax lah pak sheikh, anta bukan tak pernah kena serang. Tapi ya tak ya juga serangan ini lain macam. Ia adalah maklumat yang diperolehi dari CIA. CIA pulak dapat dari Sing Intel (Singapore intelligence) yang dimaklumkan ke Australia ONA. Bila bercakap soal kehebatan CIA, Sing Intel dan ONA ini, bukan main-main punya inteligent service,” tulisnya.

Ketakutan Anwar itu berpunca dari pendedahan luar negara, iaitu Amerika Syarikat, Singapura dan Australia yang selama ini menjadi tempat bergantung kepada Anwar. Malah maklumat itu didapati melalui penyelidikan badan perisikan tiga negara, iaitu CIA (Amerika Syarikat), SID (Singapura) dan ONA (Australia).

Kesimpulannya, ketiga-tiga badan perisikan itu mempercayai Anwar melakukan aktiviti homoseksual dengan bekas pembantunya, setelah mereka melakukan cross-check dan perbandingan dengan maklumat-maklumat risikan serta bukti-bukti dari badan perisikan dari negara masing-masing.

“Dan Anwar berkokok keliling kampung mengisytiharkan Australia menyokong beliau. Tetapi bila WikiLeaks mendedahkan Australia mempunyai ‘bukti teknikal’ beliau mengamalkan kegiatan homoseks, dan terperangkap dengan kegiatan itu, tiba-tiba pemimpin anugerah tuhan ini membuat u-turn dan memaki Australia konon telah dibeli oleh Malaysia. Inilah politik cakap tak serupa bikin pemimpin anugerah tuhan ini. Kalau menyokong dia, very good! Tapi kalau menentang dia, very bad!!” kata Zulkifli Noordin, bekas peguam bela Anwar dalam kes liwat I, 12 tahun lalu.