DAP dan PKR mahu mansuh Akta Hasutan tapi mahu Ibrahim Ali didakwa bawah Akta Hasutan

Kami amat keliru. Bukankah DAP dan PKR beria-ria mahu mansuhkan Akta Hasutan?

Tetapi sekarang, mereka mahu Ibrahim Ali didakwa di bawah Akta Hasutan?

Yang mana satu kamu mahu? Akta ini dimansuhkan atau dikekalkan?

Atau kamu mahu dakwa orang yang kamu tidak suka, dan mansuh apabila orang di kalangan kamu yang kamu suka pula didakwa?

Sebab sebenar kamu desak Ibrahim Ali didakwa kerana menghasut bermakna kamu tahu negara ini masih memerlukan satu akta seperti Akta Hasutan. Jika kamu mansuh Akta Hasutan, di bawah akta apa pula kamu mahu dakwa Ibrahim Ali?

Biar mahkamah tentukan sama ada Ibrahim Ali bersalah atau tidak.

#kekalkanAktaHasutan