DAP dan PKR sokong hak bukan Muslim tapi hiraukan hak Muslim Oktoberfest

DAP dan PKR menyokong festival arak OctoberFest yang ditaja oleh syarikat beer. Alasan rasional mereka adalah ianya HAK kaum bukan muslim dan acara festival itu tiada kaitan dengan umat Islam. Betul?

Jadi, mengapa apabila PAS mahu melaksanakan hudud yang dikatakan tiada kaitan dengan rakyat bukan muslim, mendapat reaksi dan respon negatif yang begitu teruk dari mereka?

Adakah pada mereka, hanya rakyat bukan muslim saja yang mempunyai HAK manakala muslim tidak? Adakah ini yang mereka maksudkan keadilan dan hak sama rata?

Mereka boleh katakan tidak semua muslim mahukan hudud. Jadi saya mahu katakan bukan semua kaum bukan muslim sukakan arak juga. Apa kata anda?

Pendapat dari seorang bukan muslim, Siao Kent Sing / Artikel