DAP desak jangan labur di negeri BN tapi tak mengapa di Pulau Pinang

Pada bulan Julai tahun lepas, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat telah pergi ke Taiwan dan mendesak sebuah syarikat Taiwan dan kerajaan mereka supaya jangan melabur di dalam sebuah projek di Pengerang, Johor. LINK

Mereka yang ‘bijak-bijak’ ini adalah terdiri daripada ADUN DAP Mengkibol, Tan Hong Pin; ADUN DAP Tangkak, Ee Chin Li; ADUN DAP, Bentayan Chua Wee Beng dan wakil PASJohor, Mazlan Aliman.

Kumpulan ini juga menulis surat protes kepada Presiden Taiwan, Ma Ying-Jeou untuk membantah projek di Pengerang, Johor, milik Kuokuang Petrochemical Technology Co, sebuah syarikat milik Taiwan.

Malah, pejabat Presiden Taiwan membalas surat mereka!

Jawapan surat yang dihantar melalui email menyatakan bahawa bantahan mereka akan disusuli oleh Eksekutif Yuan – cawangan eksekutif kerajaan Taiwan.

Berbulan kemudian, cadangan projek syarikat dari Taiwan di Pengerang telah DIBATALKAN dan negeri Johor kehilangan kira-kira RM35 bilion perlaburan luarnya. LINK

Oleh itu, soalan saya kepada DAP adalah:

Adakah tidak mengapa jika mana-mana pihak protes dan menentang sebarang projek di Pulau Pinang dan bantu anda meleburkan sebarang perlaburan asing?

Anda sukakah begitu?

Oleh Lim Sian See: LINK