Hakim Mahkamah Rayuan tolak 3 kali permohonan Anwar gugurkan Shafee dari pendakwaan

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan terus ketuai pasukan pendakwa dalam rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dibicarakan pada 28 Oktober ini.

Cubaan terbaru Anwar untuk gugurkan Shafee gagal lagi bila panel lima hakim Mahkamah Persekutuan di Putrajaya tengahari Selasa tolak permohonanya.

Ini adalah kali ketiga. Maka Anwar tidak boleh merayu lagi untuk gugurkan Shafee.

“Tak boleh rayu lagi.. ia ternoktah di sini,”kata Shafee kepada wartawan selepas keputusan itu diumum.

Penal hakim diketuai oleh Tun Ariffin Zakaria.

Hakim-hakim lain ialah Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Ahmad Maarop dan Datuk Seri Abu Samah Nordin.

Tun Ariffin ketika membacakan keputusan berkata peguam Anwar berhujah atas dua alasan. Alasan pertama, Shafee adalah pengerusi suruhanjaya siasatan SUHAKAM terhadap Jude Pereira yang juga merupakan salah seorang saksi dalam kes liwat.

Alasan kedua Shafee telah didenda RM5 ribu oleh Majlis Peguam kerana salahlaku disiplin.

Menurut hakim itu tidak wujud “conflict of interest” dalam kedua-dua hujah itu.

“Dakwaan pertama bahawa wujud conflict of interest kerana Shafee adalah pengerusi siasatan SUHAKAM dalam kes Jud Pereira tidak kuat untuk menjejaskan kelayakan Shafee.

“Denda RM5ribu yang dikenakan oleh majlis peguam ke atas Shafee juga tidak boleh dijadikan alasan untuk mengetepikan hak Shafee sebagai Timbalan Pendakwaya. Oleh itu kami menolak permohonan ini,” katanya.