janji Sebelom Menang PRU13 Dan Menjadi Ahli Parlimen Tanjung “40 Tahun Banjir Selesai Dalam 9 Bulan” Sehinggi Kini, Masalah Banjir di P.Pinang Belum Selesai

Pada bulan Mac 2013 sebelum PRU13, setiausaha politik Lim Guan Eng ketika itu dan ADUN KOMTAR, Ng Wei Aik dengan bangganya memasang sepanduk di kawasan berpotensi banjir Jalan Perak dengan mesej yang mengatakan “40 Tahun Banjir Selesai Dalam 9 bulan”.

Pada PRU13, Ng Wei Aik berjaya menang dan menjadi Ahli Parlimen Tanjung.

Sejak itu, Pulau Pinang telah banyak kali mengalami banjir termasuk kawasan di mana YB Ng memasang sepanduk – satu tamparan hebat dan karma pada kesombongan YB Ng.

Malah, kawasan itu banjir lagi semalam dan kejadian itu sangat buruk sehingga dilaporkan “Seorang lelaki yang mengarung air setinggi lutut dilihat memegang pokok untuk mengelak daripada dihanyutkan”.

Sahabat Alam Malaysia berkata sistem perparitan yang buruk adalah punca kejadian banjir kilat di kawasan-kawasan ini.

Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata pembangunan berlebihan di pulau itu telah meningkatkan masalah ini.

Manakala ADUN dan EXCO Pulau Pinang Chow Kon Yeow pula berkata banjir kilat mungkin disebabkan oleh projek lencongan sungai di Jalan Datuk Ismail Hashim dan kawasan Jalan Paya Terubong.

Walau apa pun, kata-kata riak Ng Wei Aik telah sejak menjadi viral di internet, termasuk laman web rangkaian sosial, selepas banjir kilat melanda Pulau Pinang berulang kali selepas itu. Kenyataannya itu juga menimbulkan kemarahan ramai penduduk berikutan bencana banjir terbaru.

Kesian YB Ng.

http://www.nst.com.my/node/47717?m=1

Oleh Lim Sian See :
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1579999912218797&set=a.1505290066356449.1073741832.100006264096443&type=1&theater