Kedudukan Sekolah Aliran Islam jika sekolah Vernakular dipersoalkan

Perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang tertinggi negara menyatakan:


Perkara 12. HAK BERKENAAN DENGAN PENDIDIKAN.
(2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undangyang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang- undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.


Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan membenarkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk menubuhkan institusi pendidikan berasaskan Agama Islam.

Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan inilah merupakan punca kuasa yang menghalalkan penubuhan Sekolah Agama Persekutuan atau Sekolah Agama Negeri dan membolehkan bantuan perkapita di berikan terhadap Sekolah Pondok berdaftar.

TIADA SEBARANG PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN YANG SERUPA YANG MENGHALALKAN PENUBUHAN SEKOLAH VERNAKULAR DI MALAYSIA APATAH LAGI MENGHALALKAN WANG CUKAI RAKYAT DI SALURKAN KEPADA SEKOLAH VERNAKULAR.

Jadi, tidak timbul isu bagaimana jika kita persoalkan sekolah vernakular, mereka akan persoalkan pula kedudukan sekolah aliran agama Islam.

Sekolah Aliran Agama Islam adalah sekolah ‘halal’ menurut Perkara 12(2) Perlembagaan manakala Sekolah Vernakular wujud atas dasar kompromi.

*kami tidak menyokong sistem persekolahan mengikut pecahan bangsa termasuk sekolah agama. Mana-mana kaum yang menganut agama Islam boleh memilih untuk belajar di sekolah aliran agama. Ini berkaitan dengan soal perpaduan selagi tertakhluk kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

SUMBER