Memberi Keterangan Dari Kandang Tertuduh Tanpa Boleh Disoalbalas. Bacul & Takut Disoalbalas oleh Pendakwa. Ketelusan & Keadilan?

EKSLUSIF KES LIWAT 2 – Persoalan 4

Anwar Ibrahim menafikan peluang pendakwaan untuk pemeriksaan balas beliau atas tuduhan liwat apabila ketua pembangkang itu memilih untuk memberi kenyataan dari kandang tertuduh apabila mempertahankan dirinya, kata Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kepada Mahkamah Rayuan.

Beliau berkata, kenyataan seperti itu tidak mempunyai nilai atau kurang bukti berbanding kenyataan balas terhadap tertuduh .

“Kenyataan balas adalah sistem undang-undang yang genius kerana ia akan mendedahkan sama ada seseorang tertuduh bercakap benar,” katanya ketika menyampaikan hujahan dalam permohonan rayuan Putrajaya terhadap pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat .

Shafee berkata, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd tidak membuat sebarang analisis alasan bertulis mengenai Anwar yang hanya memberi kenyataan dari kandang tertuduh.

Shafee berkata, hanya saksi terdedah seperti orang yang mental tidak stabil boleh memberi kenyataan.

“Di sini, responden (Anwar) mempunyai masalah yang serius untuk menjelaskan kerana dia menafikan meliwat Saiful,” katanya sambil menambah Anwar sangat licik dalam pembelaannya.

Berbanding dengan saksi utama pembela, yakni Anwar Ibrahim sendiri, beliau kelihatan takut untuk diuji faktanya, sebab itu beliau memilih keterangan bela diri dari ‘Kandang Tertuduh’.

Tindakan Anwar memilih membela diri dari ‘Kandang Tertuduh’ ditempelak oleh bekas salah seorang peguam bela kes liwat I Anwar, YB Datuk Zulkifli Noordin yang menggambarkan Anwar penakut kerana tidak berani untuk disoal balas oleh pihak pendakwa.

“Kerana ia tidak dibuat melalui sumpah, OKT (yakni Anwar) langsung tidak boleh disoal balas oleh Pendakwaraya atau disoal oleh mahkamah.

“Kalau bahasa kasarnya, OKT sekadar baca kenyataan syok sendiri. Perumpamaannya macam burung kakak tua bercakap, atau lebih canggih lagi, macam pasang CD saja dalam mahkamah.

“Hakim tidak akan mencatat sebutir apa pun yang dicakapkan oleh OKT sebab tiada nilai perundangan”, katanya.

Sebagai pengamal undang-undang, Zulkifli berpendapat, tindakan Anwar itu adalah untuk menyembunyikan kisah sebenar supaya tidak terbuka kepada umum.

“Contoh dalam kes ini, Anwar mungkin tak boleh nak menjawab bukti, macam mana kesan air mani dia (boleh) ada dalam dubur Saiful. Apakah Saiful yang hanya seorang “pembancuh kopi” di pejabatnya boleh berada di kondominium tersebut?

“Juga mengapa dia membawa Saiful keluar negara, seperti ke Hong Kong, Bangkok dan Singapura, apa (sebenarnya) pekerjaan Saiful ?

“Eh, banyak benda (yang) Anwar nak kena jawab dan perjelaskan, jadi ringkas cerita, tak payah angkat sumpah (semasa) bagi keterangan (iaitu beri keterangan dari kandang tertuduh)”, katanya.

Pembelaan Anwar mengecewakan ramai pihak kerana berbeza dengan tuduhan-tuduhan yang dibuat sebelum ini, malah lebih menyayat lagi, beliau sendiri akhirnya mengaku mengadakan hubungan seks dengan pengadu pada tarikh, masa dan tempat yang didakwa.