Menyokong Perbuatan Menghina dan Mahu Menghapuskan Istitusi Raja Di Malaysia Sebab Sebenar Majlis Peguam Beria-ia Mengepalai Gerakan Mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Hasutan 1948

Ali Abd Jalil mengucapkan “Thanks to AMNESTY INTERNATIONAL, ABU, PSM, SUARAM,APBM, ANTIFA MALAYSIA, BAR COUNCIL, LAWYERS FOR LIBERTY, SISTERS IN ISLAM, PROJEK DIALOG, SOLIDARITY MAHASISWA MALAYSIA(SMM), PRM and all friends.”

Boleh dikatakan kesemua badan tertera di atas menyokong Akta Hasutan dihapuskan. Ada diantaranya yang dibiayai oleh NED (CIA).

Malah mereka secara terang-terangan membantu seorang penjenayah pengecut ‘keyboard warrior’ melarikan diri ke Sweden demi mengelak dari pertuduhan menghasut dan menghina institusi Raja.

Ini bermakna mereka secara jelas menyokong perbuatan MENGHINA DAN MAHU MENGHAPUSKAN INSTITUSI RAJA di Malaysia.

Peguam Buzze Azam yang menjalankan kempen Malaysia Mempertahankan Akta Hasutan giat menerangkan sebab sebenar di sebalik usaha mahu akta ini dihapuskan.

Apakah sebab sebenar Bar Council (Majlis Peguam) beria-ia mengepalai gerakan mendesak kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan sebab sebenar ini tidak pernah dibincangkan secara terbuka oleh BAR COUNCIL dan AMBIGA dalam mana-mana majlis atau penulisan mereka.

Sebab menurut Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan, Ahli- ahli Parlimen adalah kebal dari sebarang pendakwaan mahkamah jika mereka mengucapkan atau mengundi sesuatu di dalam perbahasan majlis Parlimen KECUALI HAL-HAL YANG MERUPAKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH AKTA HASUTAN 1948.

Lihat bagaimana hebat dan pentingnya Akta Hasutan ini berbanding dengan akta-akta yang lain. Ahli Parlimen KEBAL dari pendakwaan KECUALI DI BAWAH AKTA HASUTAN.

Ahli Parlimen pembangkang semakin ramai di parlimen dan suatu hari nanti mereka mungkin akan jadi kerajaan. Tetapi selagi Akta Hasutan tidak dimansuhkan, mereka tidak akan mampu MENGHAPUSKAN KUASA RAJA-RAJA MELAYU, HAK ISTIMEWA MELAYU DAN BAHASA MELAYU MELALUI PARLIMEN KERANA TINDAKAN ITU AKAN MERISIKOKAN MEREKA DI KENAKAN TINDAKAN DI BAWAH AKTA HASUTAN.

Sekarang mereka menghujahkan Akta Hasutan menyekat kebebasan bersuara dan menganiaya, walhal itu BUKAN SEBAB SEBENAR.

#kekalkanAktaHasutan dan #kembalikanISA