Para Doktor Merumuskan Telah Berlaku Penatrasi, Bagaimana Sperma Anwar Berada 4CM Dalam Dubur Saiful?

EKSLUSIF KES LIWAT 2 – Persoalan 1

Mahkamah Tinggi dalam alasan penghakiman penuh kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, menyatakan bahawa ada keterangan berlakunya penetrasi dubur bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu.

Ia berikutan keterangan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memberi pandangan berlakunya penetrasi tersebut berdasarkan rumusan pakar kimia, Dr. Seah Lay Hong yang menjumpai sampel-sampel diambil daripada dubur Mohd. Saiful Bukhari mengandungi sperma ‘Lelaki Y’.

Sekadar mengingatkan pembaca, ‘DNA lelaki Y’ telah disahkan sepadan dengan DNA Anwar.

Hujah penghakiman itu memberikan mesej jelas: Anwar terlepas daripada hukuman kerana teknikal tetapi persoalan pokok terjawab bahawa penetrasi berlaku.



Petikan persidangan mahkamah rayuan pihak pendakwaan:

Karpal mengemukakan bahawa mahkamah mesti menuruti bahan bukti yang dikemukakan. Beliau mengemukakan bantahan keras ke atas kenyataan Shafee terhadap Anwar.

12:40pm: Shafee berkata tiada konspirasi berlaku di antara Jude dan ahli kimia tersebut. “Bagaimana Jude mendapat sperma tertuduh?,” soalnya.

Hakim Aziah bertanya sekiranya hakim perbicaraan membangkitkan perkara itu dan Shafee menjawab: “Bagaimana sperma Anwar berada 4cm dalam dubur Saiful?”

“Hakim ada menangani perkara ini dalam penghakimannya (namun ia tetap menyebabkan Anwar dibebaskan).

“Bukan sahaja Jude mendapatkan air mani, dia juga tentu telah mendapatkan sampel degradasi untuk membuktikan konspirasi. Hakim tentunya menonton (rancangan TV) National Geographic dan lain-lain”.

Hakim Aziah menjawab, “Kami tonton CSI”, yang disambut dengan gelak ketawa di galeri awam.

Menurut Shafee, ada kalanya kita tidak akan menemui sebarang kecederaan pada dubur sekiranya pelincir digunakan (dalam hal ini, KY JELLY).

Menurutnya lagi, dari hujung kuku Saiful, terdapat kesan kulit tertuduh (Anwar Ibrahim).

Shafee menambah, sehingga kini tiada sebarang penjelasan bagaimana air mani Anwar boleh berada dalam dubur Saiful.

“Dengan penemuan konklusif air mani itu, para doktor merumuskan telah berlaku penetrasi.”

Shafee kemudiannya membandingkan kes itu dengan satu lagi kes di mana tiga tabung uji yang tidak disita namun telah diterima oleh mahkamah

“Dalam kes (Anwar) ini, ahli kimia menerima sampel yang telah disita, namun keputusannya tetap diragui.”


Hakim Balia Yusof, dalam keputusan lisannya ketika mensabitkan Anwar atas kesalahan meliwat Mohd Saiful, berkata panel hakim sebulat suara memutuskan hakim perbicaraan terkhilaf dalam penghakimannya bahawa sampel DNA dalam kes itu telah dicemari.

Hakim Balia Yusof dan dua hakim lagi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, dalam penghakiman bertulis 85 muka surat bertarikh 11 April, memutuskan bahawa keputusan mahkamah mensabitkan Anwar terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful adalah kukuh memandangkan terdapat keterangan mencukupi yang boleh disahkan dan dibuktikan.

Mahkamah berkata malah jika diandaikan tiada fakta untuk menyokong keterangan Mohd Saiful berkaitan penetrasi dubur, namun sabitan terhadap Anwar adalah kukuh.

Penghakiman bertulis itu boleh dibaca di:
http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/W-05-19-01-2012_DatoBalia.pdf