Pas sukar nak jumpa Lim Guan Eng pasal isu pengusiran penduduk Kg Melayu

Pengerusi Biro Tanah PAS Mazlan Aliman mengeluh kerana mendakwa sukar bagi pemimpin parti itu untuk bertemu dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung kes-kes pengusiran penduduk kampung Melayu.

Katanya, itulah yang membawa kepada ucapan perwakilan PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim di muktamar PAS di Batu Pahat pada 19 September.

Sebagai menyokong dakwaannya itu, Mazlan memetik kes Kampung Mutiara di Teluk Bahang di mana pemimpin PAS cuba berjumpa Lim untuk membincangkan kes pengusiran penduduk kampung itu sejak 23 Julai tahun lepas.

Mazlan berkata pihaknya telah menghantar surat lebih setahun lalu tetapi sehingga hari ini masih gagal untuk bertemu dengan Lim berhubung kes tersebut.

Mazlan menunjukkan surat tersebut kepada wartawan dalam satu sidang media di Pulau Pinang.

Pihaknya telah mencuba sedaya upaya untuk bertemu dengan Lim tetapi gagal, katanya.

Oleh itu, katanya, adalah tidak benar bahawa PAS tidak menggunakan saluran yang betul atau tidak membangkitkan itu itu secara dalaman terlebih dahulu, sebelum menimbulkannya secara terbuka seperti yang didakwa oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehingga hari ini, katanya, mereka masih tidak dapat bertemu dengan Lim.

Oleh itu, perkara tersebut telah dibawa ke muktamar, katanya, sambil menegaskan bahawa DAP dan PKR juga mempunyai kongres tahunan masing-masing di mana mereka membangkingkan masalah rakyat.

Jadi mengapa PAS tidak boleh PAS berbuat demikian, tanya Mazlan.

Mazlan, bagaimanapun, mengakui bahawa pemimpin parti telah bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri (TKM) I Rashid Hasnon, bekas TKM Datuk Mansor Othman dan seorang ahli Exco negeri Abdul Malik Kassim untuk membincangkan isu ‘Tanah wakaf.

Beliau mengingatkan kerajaan negeri supaya tidak mengambil ringan isu pengusiran itu kerana penduduk kampung Melayu tidak mempunyai perumahan alternatif apabila mereka dikeluarkan dari tanah mereka.

Tetapi, kata Mazlan, bukan tanah persendirian sahaja yang berhadapan dengan masalah pengusiran.

Beliau memetik kes Kampung Selut di Sg Pinang di mana penduduk menghadapi pengusiran dari tanah kerajaan negeri.

“Jadi apa peranan kerajaan negeri di sini?” soalnya.