Pasukan Pembela Tiada Usaha Menampilkan Bukti Pembelaan Gambar & Video Buktikan Anwar Memang Berada Di Tempat Kejadian

EKSLUSIF KES LIWAT 2 – Persoalan 2

Gambar-gambar dan video membuktikan Anwar Ibrahim memang berada di tempat kejadian.

“Tidak ada satu bukti pun yang ditampilkan oleh pihak pembela. Pasukan pembela tidak jujur apabila rakaman video tersebut ditampilkan, mereka segera menggugurkan pembelaan tanpa sebarang usaha menampilkan bukti pembelaan,” kata Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Shafee berkata, Anwar diberikan satu notis alibi kepada pihak pendakwa bahawa beliau tidak berada di tempat kejadian jenayah.

“Bagaimanapun, beliau tidak memanggil mana-mana 14 saksi termasuk isterinya apabila pihak pendakwaan menunjukkan video dan CCTV sebagai bukti bahawa dia berada di tempat kejadian ,” katanya.

Beliau mendakwa pembelaan tidak jujur ketika diminta menjelaskan video tersebut.

Pembelaan Anwar dibantu oleh 7 orang saksi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, Dr Brian McDonald, Dr David Wells, Yusni Ali, Lim Koon Bong, Najwan Halimi dan Dr Thomas Hoogland.

Selain Dr Mohamad Osman, Yusni dan Koon Bong, kesemua saksi lain adalah kroninya.

Tidak ada percanggahan jawapan saksi utama, walaupun disoal balas secara bertubi-tubi dengan nada pujukan, gertakan, mahupun provokasi oleh Karpal.

Sebabnya, Mohd Saiful menjawab berdasarkan apa yang terjadi kepadanya berasaskan kebenaran dan bukannya direka-reka.

Justeru itu, bukan satu perkara yang luar biasa, apabila mahkamah mendapati keterangan saksi utama adalah kredibel kerana fakta itu telah diuji dan telah disemak oleh kedua-dua pihak, termasuk hakim sendiri.

Keterangan saksi utama kemudiannya dibantu oleh 28 saksi lain, iaitu Dr. Mohd Razali Ibrahim, Pakar Bedah Am HKL; Dr. Siew Sheue Feng, Pakar Forensik HKL; Dr. Khairul Nizam Hassan, Pakar Penjagaan Kecemasan di Jabatan Trauma & Kecemasan HKL; Dr. Seah Lay Hong, Pakar Kimia; Nor Aidora Saedon, Ketua Unit Paterniti DNA, Jabatan Kimia; Alan Tiang, Service and Project Manager ATP Science and Techonology Sdn Bhd; ASP Fauziah, Juru Analisa Audio Video Foto, Makmal Forensik PDRM, Cheras; ACP Fadzil, Ketua Bahagian Pentadbiran Makmal Forensik PDRM, Cheras; Mohd Zabri Ahmat, Ketua Jabatan Forensik Digital di Cyber Security.

Saksi-saksi lain termasuk; Mohd Sharizuan Omar, Juru Analisa di Cyber Security; Mohd Aris Hj Ahmad, Pengurus Residen di Kondominium Desa Damansara; Tan Tong Yean, Director Golden Perfect Power; L/Kpl Mohd Hazri Hassan, Jurufoto Bahagian Bantuan Teknik, Bahagian JSJ Bukit Aman; Supritendan Amidon Anan, Ketua Makmal Forensik, Cheras; Insepktor Nur Ayuni Mohd Fuad, Insepktor Latihan di Makmal Forensik PDRM; Dsp Yahya Abdul Rahman, Pegawai Siasatan Kes Bunuh IPK KL; Nik Rosmady Nik Ismail, Bahagian Trafik Jalan Bandar; Konstabel Azry Mohd Toyab, Pengawal Sentri Lokap D9 IPK KL; L/Korp Mohd Jasni Jaafar, anggota polis Bahagian Trafik; Konstabel Adnan Basir Safriel, Kem Komandan IPK KL.

Juga termasuk; Dr. Razuin Rahimi, bekas Patologi Forensik HKL; Ibrahim Yaacub, Ketua Staff Anwar Ibrahim, Pejabat Sekyen 16; Supritendan Ahmad Taufek Abdullah; Deputi Supritendan Judy Blacious Pereira, Pegawai Penyiasat.

Di samping turut dibantu oleh saksi penyanggah; Datuk Dr. Zaininah Mohd Zain, Pengarah HKL; Sarjan Ahmad Abdullah; Dr. Ee Boon Leong, Doktor Pakar HKL dan Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai, Doktor Pakar HKL.

8 saksi tanpa alibi vs 29 saksi?