Pejuang Liberal henti persoal ketegasan Polis

Mereka semakin mengganas. Siapa lakukannya dan apa motif terserah kepada polis untuk menyiasat tetapi jika trend ini berterusan, lebih baik kita mula mempertimbangkan pilihan yang ada untuk melindungi keselamatan orang awam daripada ancaman seperti itu.

Berikan polis kuasa penuh untuk menghapuskan segala jenis ancaman sebegitu. Bajet 2015 juga harus merangkumi beberapa bajet tambahan untuk senjata dan kemudahan baru.

Undang-undang yang sedia ada – tidak kira bagaimana ‘keras’ ianya – mesti digubal semula dan dikekalkan untuk kepentingan awam. Tiada peguam, NGO atau kumpulan hak asasi manusia patut mempersoalkan jika pelampau atau ahli-ahli kongsi gelap ditangkap atau terbunuh.

Boleh jadi ia dilakukan oleh samseng kongsi gelap tetapi jika tidak menangani dengan tegas, pihak lain akan mengambil kesempatan atas ‘diplomasi lembut’ kita dalam menangani perkara-perkara seperti ini. Sesetengah ejen perkauman yang berniat jahat mungkin akan mengambil kesempatan dan mencetuskan api kemarahan kerana sentiasa akan ada peguam hak asasi manusia yang bagus yang mewakili mereka.

Insiden ini hanya satu ‘permulaan kecil’, dan harapnya andaian ini salah. Walau bagaimanapun ia telah meninggalkan parut hitam pada industri pelancongan kita dan warga asing (terutamanya pelabur) akan berfikir dua kali untuk datang ke Malaysia.

Kami boleh akhirnya menjadi seperti selatan Thailand atau Jaffna di utara Sri Lanka. ‘Undang-undang kuno’ kita masih ada (atau sudah dilupuskan) dan perlu digunakan untuk memberi kesan.

Para pejuang liberal dan kebebasan harus mula mengambil kira impak insiden Bukit Bintang kecuali jika mereka benar-benar mahu negara ini kucar-kacir.

#kembalikanISA / ARTIKEL