Pulau Sertai Perhimpunan Berkaitan Perbicaraan Anwar Ibrahim Berdasarkan Pengalaman Berdemonstrasi Di depan Bangunan Parlimen Jun 2013

Kawan kawan,

Bila aku memutuskan untuk memulau perbicaraan Anwar Ibrahim bukanlah bererti aku menolak untuk memperjuang keadilan mahupun mempertahan kezaliman.

Tapi, hati aku ni masih terasa sakit dan pedihnya bila mengingatkan masa kawan kawan aku dipukul, dibantai, dibelasah, dikejar, ditangkap di depan parlimen pada demo lalu.

Dimana Anwar? Mereka di luar dan kami merayu agar kamu dan MP Pakatan pulaukan majlis angkat sumpah,tapi mana kamu Anwar?

Kamu di dalam bukan saja angkat sumpah malah siap makan dan bergelak bersama mereka di satu meja!

Dan kini saat kamu hampir ke penjara disebabkan mereka yang kamu sama sama gelak tawa itu, baru kamu nak merayu pada kami untuk bersama kamu kononnya atas nama sebuah keadilan?

Maaf Anwar, kamu mungkin sudah lupa kerana tua, tapi kami takkan pernah lupa. Selagi luka belum sembuh, selagi parut belum hilang kami tidak akan sesekali lupa pengkhianatan itu.

Sekian,
Kami yang dikhianati.
https://www.facebook.com/siti.aisyah.102977/posts/858991160807681



Ketika Anwar yang menyeru rakyat agar turun ke jalan raya berdemonstrasi membantah keputusan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) – Blackout 505 – di luar parlimen, namun dalam masa sama Ketua Pembangkang itu mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen di dalam parlimen.