Rafizi Ramli, Sila Berhenti Memburukkan Malaysia Di Luar Negara Dan Mengelirukan Serta Menghasut Kerajaan Asing Untuk Campur Tangan!

Rafizi Ramli PKR berkata, “Dalam persekitaran di mana negara ini secara halus dan secara tidak langsung menyokong kritikan dan intimidasi terhadap golongan minoriti, ia memudahkan kumpulan radikal seperti ISIS untuk menapak dan memperkembangkan pengaruh.”

“Kerajaan Malaysia dilihat sebagai pihak yang terlibat dalam hal kebangkitan radikalisme untuk muslihat dan manfaat politik.”

Pada masa ini, terdapat 150 pejuang Malaysia yang diketahui terlibat dengan Isis.

Rafizi Ramli berkata ekstremisme mungkin di Malaysia akan memberi kesan kepada Australia.

“Jika majoriti orang Melayu condong kepada radikalisme ia akan memberi kesan kepada seluruh rantau ini dan akan merebak ke Australia,” kata Rafizi.

Rafizi Ramli, anda sememangnya PENGKHIANAT YANG PENUH TIPU DAYA!

Tidakkah kamu tahu bahawa Australia juga terdapat rakyatnya yang menyertai ISIS termasuk kes baru-baru ini di mana remaja berusia 16 dan 17 tahun telah pergi ke sana?

Malah, kira-kira 150 ke 300 rakyat dan penduduk Australia telah meninggalkan negara itu untuk menyertai kumpulan militan radikal di Timur Tengah menjadikan Australia sebagai penyumbang TERBESAR per kapita pejuang asing untuk ISIS.
http://tinyurl.com/kpttdbr

Rafizi, kamu tahu apa-apa atau tidak? Australia mempunyai masalah ISIS lebih besar dari kita dan anda meminta Australia untuk mengajar Malaysia menangani isu-isu ISIS?

Adakah ini juga bermakna bahawa kerajaan Australia mempromosikan ekstremisme dan ISIS?

Rafizi, kamu tahu bahawa Malaysia mengambil pendirian yang sangat keras terhadap ISIS dan ekstremis agama jadi sila berhenti membuat Malaysia kelihatan buruk di luar negara dan mengelirukan serta menghasut kerajaan asing untuk campur tangan dalam hal ehwal Malaysia!

http://www.theguardian.com/australia-news/2014/oct/21/malaysian-mps-urge-australia-stamp-out-extremism

Diterjemah dari artikel oleh Lim Sian See:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1578797625672359&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1