Rafizi tipu jumlah kutipan cukai kereta

Saya tidak pasti dari mana dan bagaimana Rafizi Ramli mendapat angka ini. Adakah dia memetik sesuka hati saja atau menggunakan MS Excel yang rosak yang sama DAP gunakan untuk mengira keputusan jumlah undi pemilihan CEC nya?

Semalam, Rafizi ‘mendedahkan’ kerajaan mengutip RM17.3 bilion dari semua cukai kereta. Bagaimanapun, angka rasmi menunjukkan kutipan sebanyak RM7 bilion ke RM8 bilion setahun.

Malah lelaki yang kelihatan seperti panda dalam video ini juga mengatakan RM7.3 bilion : LINK

Jadi bagaimana boleh Rafizi mengatakan RM7.3 bilion pada tahun lepas dan secara tiba-tiba jumlah kutipan tahun ini menjadi RM17.3 bilion?

Rafizi juga mengatakan kerajaan membelanjakan RM13.7 bilion untuk subsidi bahan api.

Bagaimanapun, seperti yang kerajaan kita sudah nyatakan, “walaupun dengan pemotongan subsidi, kerajaan masih perlu membelanjakan lebih dari RM21 bilion subsidi untuk RON95, diesel dan LPG untuk tahun ini.”

Jadi, RM21 bilion masih lebih besar dari RM17.3 bilion seperti yang Rafizi kata dan pastinya jauh lebih besar dari RM7.3 bilion kutipan sebenar cukai kereta.

Rafizi nampaknya sesuka hati menyebut sebarang angka pada dan bila yang dia suka. Mungkin Microsoft patut pulangkan semula duit Rafizi atas kerosakan MS Excel miliknya atau mungkin Rafizi patut berhenti menggunakan Excel cetak rompak jika dia tidak membelinya.

Dalam praktis sebenar, cukai kereta di Malaysia tidaklah terlalu tinggi pada kereta kategori rendah dan pertengahan dan kerana itulah harga kereta kategori pertengahan seperti Honda City atau Toyota Vios tidak terlalu berbeza antara Malaysia, Thailand dan Indonesia. Di Singapura harganya sudah pastilah lebih tinggi.

Berbeza dengan kepercayaan ramai orang, harga kereta di Malaysia bukan yang kedua tertinggi di dunia untuk semua jenis kereta tetapi cuma pada beberapa kategori kereta yang mempunyai CC tinggi dan 100% diimport.

Mari kita lihat pada data oleh EconsMalaysia tentang kutipan cukai kereta:

“Jualan sebenar kenderaan penumpang mencecah RM74.85 bilion pada 2012, manakala kutipan duti eksais ke atas yang sama mencecah RM7.14 bilion. Kalkulator saya mengatakan bahawa duti eksais purata dikenakan itu hanya 9.5% daripada jualan.

Itu jauh dari 40% pengiraan secara terus. Idea bahawa dengan hanya memotong duti eksais untuk kereta sahaja akan menjadikan harga turun dengan banyak merupakan satu angan-angan.

Malah, bagi purata kereta keluarga rakyat Malaysia (jenama nasional atau sebaliknya), anggaran 9.5% itu akan menjadi konservatif kerana duti eksais beransur-ansur meningkat untuk kereta yang lebih besar dan untuk kereta yang diimport sepenuhnya. Beban cukai lebih rendah untuk kereta sedan entry level dan bersaiz pertengahan, tetapi begitu juga dengan apa-apa pengurangan dalam harga dari memansuhkan duti eksais.

Satu perkara, tidak seperti cukai jualan, duti eksais ke atas kereta bukan berkadar rata (flat rate) berdasarkan harga runcit pengilang, tetapi sebenarnya diselaraskan ke bawah untuk komponen tempatan (local content) iaitu kadar yang diterbitkan hanya pada kadar yang maksimum dan tidak akan terpakai bagi semua kereta sama rata. Kedua-dua kadar nominal dan berkesan duti eksais boleh dan sebenarnya lebih rendah dalam praktis sebenar.

Kedua, dari apa yang saya telah difahamkan, duti eksais dikenakan ke atas harga kilang dan tidak di peringkat pengedaran, yang bermaksud bahawa ia tidak mengambil kira margin keuntungan ke atas pengedaran.”

LINK

Oleh Lim Sian See: ARTIKEL ASAL