Rafizi & Wong Chen serang GST

Wong Chen dan Rafizi Ramli telah menyerang Perdana Menteri kerana mengatakan bahawa Capital Gains Tax atau Cukai Keuntungan Modal bagi Ekuiti (CGT) boleh menyebabkan larian modal (capital flight) dan hujah mereka bahawa kuasa ekonomi besar dunia mengenakan CGT serta PM Najib harus meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan kerana tiada pengetahuan ekonomi. LINK

Wong Chen berkata kuasa ekonomi besar dunia seperti Amerika Syarikat, Jerman, Jepun dan Australia mengenakan CGT tanpa berlakunya larian modal yang di sebabkan oleh pelabur asing lari membawa dana mereka untuk labur di negara lain.

Wong Chen dan Rafizi Ramli antara yang bertanggungjawab menyediakan belanjawan bayangan 2015 ‘separuh siap’ di mana mencadangkan CGT menggantikan GST.

Pertamanya, Malaysia sudah pun mengenakan CGT ke atas transaksi penjualan hartanah (RPGT) yang diperkenalkan semula dalam Bajet 2014 – bermakna Rafizi dan Wong Chen menjurus pada CGT atas penjualan saham dan ekuiti.

Kedua, Jerman (19%), Jepun (8% ke 10%) dan Australia (10%) telah melaksanakan GST bertahun-tahun. Amerika Syarikat juga mempunyai cukai jualan yang dikenakan kepada setiap negeri sehingga setinggi 9.45% untuk negeri Tennessee.

Oleh itu, negara-negara ini sudahpun mempunyai GST penambahan dengan CGT – bukan samada GST atau CGT – tetapi keduanya sekali.

Jadi jika anda mahukan CGT, biar Malaysia laksanakan GST seperti semua negara yang anda senaraikan itu.

Ketiga, apabila kemelesetan global melanda Amerika, mereka sebenarnya menghapuskan CGT ke atas jualan saham dan ekuiti dari 2008 hingga 2012 untuk menyelamatkan pasaran saham mereka dan malahan sekarang kadar CGT telah dikurangkan atau dikecualikan penuh untuk membantu seksyen tertentu dalam pasaran ekuiti mereka.

Keempat dan yang paling penting, pesaing serantau utama kita dalam pasaran saham iaitu Singapura dan Hong Kong TIDAK MENGENAKAN CGT ke atas jualan ekuiti.

Jika Malaysia mengenakan CGT ke atas ekuiti, syarikat Malaysia akan memilih untuk disenaraikan di bursa Singapura atau Hong Kong berbanding sini dan para pelabur akan lari dari Malaysia dan melabur di kedua-dua pasaran saham negara tersebut – bermakna terjadinya larian modal (capital flight).

Juga, Wong Chen dan Rafizi Ramli telah menyatakan Malaysia sudah pun mengalami larian modal yang tinggi yang dilaporkan GFI. Tetapi mereka tidak pula menyebut larian modal itu adalah berpunca daripada manipulasi penetapan harga dagangan (trade mispricing) yang antara tujuan utama GST direka adalah untuk mengurangkan ketirisan ini!

Wong Chen dan Rafizi Ramli, tolong jangan jadi bodoh!

Saya tahu anda berdua cuba menyerang GST atas tujuan politik tetapi tolong jangan hancurkan ekonomi Malaysia hanya kerana kamu semua mahu seluruh rakyat bencikan GST dan kerana KETUM mengarahkan kamu bantah GST.

Mengaku sajalah, di dalam benak fikiran kamu, kamu tahu GST bagus dan mendatangkan kebaikan untuk ekonomi jangka masa panjang Malaysia – seperti yang telah dibuktikan oleh lebih 90% negara di dalam dunia yang telah mempraktikkan GST.

Nota : Wong Chen dan Rafizi Ramli, tolong buktikan pada kami, tiada larian modal (capital flight) dari Amerika, Jerman, Jepun and Australia. Tunjukkan kami laporan larian modal GFI kepada kami.

Oleh Lim Sian See: LINK