Rasionalisasi subsidi patut libatkan duti eksais kereta

ertarik dengan hujah ‘bayangkan apa yang boleh dibuat dengan duit subsidi RM21 billion. Berapa ribu dewan, sekolah, hospital dan universiti yang boleh dibina. Sebab itu kerajaan strukturkan subsidi pukal supaya subsidi lebih tertumpu kepada yang layak’.

Hujah ini hanya boleh jadi valid kalau kerajaan turut ‘rasionalisasi’ cukai duti eksais kereta yang menyumbang RM8 billion kepada kerajaan. Bukankah duti eksais ini bersifat pukal?

Bayangkan berapa ratus ribu rakyat Malaysia yang boleh berbelanja lebih apabila bayaran loan kereta lebih rendah?

Hujah ‘RM21 billion’ ini juga valid kalau kerajaan turut perkenalkan cukai ‘Capital Gains Tax’ yang mengcukai orang kaya yang semakin kaya. Alang-alang nak hukum orang kaya yang menjadi penerima subsidi paling banyak, buatlah ini sekali.

Hakikatnya bukannya dasar rasionalisasi kerajaan ini tidak ada kebaikan tetapi kerajaan strukturkan ekonomi separuh separuh.

Nak rakyat bayar harga minyak ikut harga pasaran boleh. Tapi harga kereta juga biar harga pasaran juga.

Nak rakyat bayar GST juga tak ada masalah. Tapi perkenalkan juga CGT.


Ditulis oleh Radzi Tajuddin (MatRodi), seorang arkitek.