Saya sedih lihat anak- anak Melayu diperalat untuk buat demo jalan pembangkang. Pernah nampak kaum lain? Fikirkanlah masa depan anda – Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan

“Ini bukan soal kaum. Tapi hakikat majoriti demo adalah anak-anak Melayu. Yang lain semua bukan tak berjuang untuk negara…tapi tak rela diperalat. Kalau tak percaya, lihat saja berapa ramai adik-adik kaum Cina/India yang datang malam ini untuk demo? Mereka semua kat cinema, supermarket, dan lain-lain. Cerdiklah.”

“Saya bukan rasis. Saya sedih lihat anak- anak Melayu diperalat untuk buat demo jalan pembangkang. Pernah nampak kaum lain? Fikirkanlah masa depan anda. Selalu dalam demo jalan, yang kena tangkap majoriti kaum Melayu. Kenapa adik-adik perlu diperguna? Pernah nampak adik-adik kaum Cina?”

Itulah yang pernah dicoretkan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dalam Twitter. Mungkin ada orang Melayu yang akan terasa dengan kenyataan ini tetapi apa yang beliau katakan adalah satu fakta yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sahaja.

Ketika insiden rempuhan pagar di Universiti Malaya malam tadi, beliau juga meluahkan pendapatnya di dalam Twitter. https://twitter.com/tankengliang

“Dia memang cerdik. Biar pelajar2 rempuh masuk UM dulu.. lepas tu, baru dia datang. Inilah ciri2 org yg peralat pelajar. Bangsat!”

“Bila pelajar2 UM dibuang & masa depan terjejas, siapa yg akan tanggungjawab? Saya pasti itu bukan masalah pembangkang. Fikirlah”

“Anda mungkin rasa diri cerdik bila rempuh masuk UM. Tapi sebenarnya yg paling cerdik ialah org perguna anda. Dia tak perlu rempuh. Fikirlah”.

Tambah beliau lagi, “Mak bapa harap mrk belajar di UM & masa depan cerah. Tapi pembangkang pula perguna mrk jadi “hooligans”. Jangan mudah diperalat. Fikirlah”.

“Pembangkang akan janji pelbagai benda. Tapi bila masa depan pelajar2 terjejas akibat langgar undang2, mrk akan hilang. Itu bukan masalah mrk”.

“Few years from now, those students will realize they have been manipulated. They risk being expelled.But that’s not the opposition’s problem”.

“Smart students will rather finish their studies first. Career first. Politics can wait.”

‘Tahniahlah’ kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang berjaya memiliki penyokong-penyokong taksub seumpama itu yang sudah tidak mampu lagi menilai kesan sesuatu perbuatan akibat dipengaruhi oleh politik kebencian yang dicetuskan oleh pembangkang.

Namun dalam masa sama, kita yakin majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian mengutuk perbuatan melampau pelajar-pelajar UM pada malam tersebut manakala majoriti orang Melayu berasa kecewa kerana sekali lagi melihat anak-anak Melayu begitu mudah diperalatkan untuk melakukan kerja bodoh, diperbodohkan dan memperbodohkan diri.