Sudah 6 tahun Pakatan ambil alih Pulau Pinang dan Selangor, tapi bila nak dedahkan skandal rasuah BN

Semalam adalah 19 Oktober 2014 dan kini sudah lebih 6 tahun setengah Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor dan Pulau Pinang dari Barisan Nasional serta pastinya memiliki butir perincian segala urusan kerajaan terdahulu sejak beberapa dekad yang lepas.

Sudah pasti mereka memiliki berkotak-kotak dokumen dan bukti skandal korupsi projek mega oleh BN yang boleh digunakan oleh Pakatan untuk membuka kertas siasatan dan pertuduhan atau sekurang-kurangnya didedahkan pada media.

Jadi, apa yang Pakatan Rakyat tunggu lagi?