10 Soalan Untuk Tony Pua & Rafizi Di Forum ‘NOW’ Mereka Tentang 1MDB : Bahagian 2

SOALAN 6 : Saya percaya anda ada menyebut bahawa jika 1MDB gagal dan kerajaan perlu menanggung semua hutangnya, Malaysia boleh menjadi muflis.

Pada 29 Oktober, PM Najib mengumumkan bahawa hutang Malaysia pada akhir Jun 2014 berjumlah RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Mari kita andaikan bahawa jumlah aset 1MDB yang telah diaudit berjumlah RM51.41 bilion bernilai KOSONG dan 1MDB memungkiri semua bon, ini akan menambah RM37.84 bilion kepada jumlah hutang Malaysia daripada RM568.9 bilion – menjadikannya total RM606.74 bilion.

Oleh itu ini bermakna bahawa hutang Malaysia kepada KDNK akan meningkat kepada 56.31%. Adakah ini bermakna bahawa Malaysia telah muflis disebabkan 1MDB?

Anda telah sentiasa menyebur kesan negatif jika 1MDB gagal. Tetapi apa kesan positif jika 1MDB berjaya dan dengan jayanya menstruktur semula industri IPP di Malaysia dan menjadi pemilik IPP nombor satu seperti yang dirancang serta jika projek Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange berjaya? Apa manfaat kepada KDNK, peluang pekerjaan dan ekonomi yang Malaysia akan dapat jika 1MDB berjaya? Adakah Rafizi dan Tony mahu 1MDB gagal atau 1MDB berjaya?



SOALAN 7 : Pada awal tahun ini, Tony Pua menarik perhatian ramai apabila dia muncul untuk menyebelahi dan bahkan dianggap sebagai melobi bagi pihak YTL untuk memenangi projek IPP dan bukannya 1MDB. Ramai yang bimbang bahawa Tony Pua dilihat akan memihak kerajaan yang menganugerahkan projek IPP kepada syarikat swasta, YTL – yang kamu berdua tuduh sebagai kroni pada masa lalu – berbanding syarikat kerajaan 100% milik penuh.

Wahai Tony, adakah benar seperti yang kecoh di dalam internet baru-baru ini bahawa serangan terbaru anda pada 1MDB berkaitan dengan kerugian YTL di dalam projek IPP ini? Secara peribadi, saya tidak percaya ia berkaitan tetapi saya berharap anda menjelaskan mengenai ini.



SOALAN 8 : Apakah 1MDB dianggap sebagai dana kekayaan negara? Dana kekayaan negara melaburkan dana negara sama ada dari rizab tukaran mata wang asing atau daripada wang dana pencen yang kita ada – bukan meminjam untuk melabur.

Adakah mungkin bahawa 1MDB bukan dana kekayaan negara tetapi sebuah syarikat bertujuan khas untuk menstruktur semula industri IPP dan juga bercita-cita tinggi untuk menjalankan projek-projek mega seperti TRX dan Bandar Malaysia yang kebanyakan syarikat swasta mungkin tidak berani atau tidak mempunyai kapasiti untuk membuatnya?



SOALAN 9 (Soalan bonus jika anda berani tanya) :
Pada bulan November 2013, kerajaan Pakatan negeri Pulau Pinang membuat keputusan untuk membayar bagi pembinaan terowong Pulau Pinang dengan komitmen untuk memberikan 110 ekar tanah utama pinggir laut Gurney Drive berharga RM1300 sekaki persegi pada tahun 2013 – dinilaikan pada RM6.3 bilion pada masa itu. Dan mereka juga komited untuk memberikan syarikat itu konsesi tol 30 tahun selain dari membiayai syarikat konsesi itu sepenuhnya untuk membina terowong.

Sudah tentu tanah utama yang terhad akan meningkat harga dalam masa yang cepat. Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk melihat harga hartanah di Pulau Pinang dari 10 tahun lalu hingga kini.

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, harga tanah Gurney Drive kini di tahap RM1650 kaki persegi- peningkatan 25% dalam masa 18 bulan – ini sudah menjadi satu kerugian segera RM1.65 bilion kepada awam kerana kos tanah yang telah meningkat daripada RM6.3 bilion kepada RM7.95 bilion.

Dengan mengandaikan Terowong Pulau Pinang tiada lagi kelewatan dan siap mengikut jadual pada tahun 2025 juga dengan andaian kenaikan nilai tahunan 10% untuk harga tanah setiap tahun, 110 ekar akan bernilai RM19.77 bilion pada tahun 2025.

Ya. RM19.77 bilion pada masa kereta boleh mula lalu melalui terowong. Ia mungkin kedengaran sensasi. Tetapi, jika harga tanah meningkat 15% setiap tahun, ia akan menjadi RM33.71 bilion pada tahun 2025. Berdasarkan 5 tahun yang lepas, 20% kenaikan harga tanah setiap tahun adalah biasa di Pulau Pinang. Ini bermakna RM56.17 bilion pada tahun 2025.

Tetapi mari kita berlaku adil dan konservatif dan tetap dengan 10% peningkatan setiap tahun selama 12 tahun – RM19.77 bilion.

Bukankah lebih baik jika kerajaan menggunakan tanah itu sebagai cagaran untuk menerbitkan bon yang disokong negeri untuk mengumpul RM6.3 bilion SECARA BERPERINGKAT (kerana anda tidak perlu jumlah penuh sekaligus kini) dan isu tender untuk syarikat pembinaan membina terowong itu. Malah, sebahagian daripada RM6.3 bilion yang kerajaan negeri bayar di tanah termasuk RM305 juta untuk satu kebolehlaksanaan dan rekabentuk teguh, yang benar-benar mahal pada pendapat saya.

Kerajaan negeri kemudian boleh mengutip tol atau menjual tanah itu pada tahun 2025 yang akan bernilai lebih tinggi daripada kos bon untuk menebus bon.

Kerajaan negeri akan mendapat berbilion-bilion ringgit dari keuntungan ke atas perbezaan di antara harga tanah pada tahun 2025 dengan harga bon dan masih dapat mengutip hasil tahunan dari tol berbanding biarkan sebuah syarikat swasta mengutip tol dan menyimpan wang itu?

Mengapa keadaan kerajaan Pulau Pinang komited untuk berikan SEJUMLAH tanah yang nilainya pantas meningkat dan sudahpun bernilai berbilion ringgit berdasarkan nilai tahun lepas untuk membayar sesuatu yang anda akan lihat hanya dalam masa 13 tahun dan MASIH membenarkan konsesi tol 30 tahun, yang sama sekali berlawanan manifesto Pakatan? Adakah mungkin bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyebabkan kita kehilangan pendapatan berbilion-bilion ringgit?



SOALAN 10 : Wahai Rafizi, mengapa anda keguguran banyak rambut dan naik berat badan begitu banyak baru-baru ini? Adakah ini disebabkan tekanan akibat kontorversi Kajang Move yang benar-benar tidak memberi manfaat kepada sesiapa?

Oleh Lim Sian See:
https://www.facebook.com/notes/1587617608123694/?pnref=story

Bahagian 1: https://www.facebook.com/568824709898951/photos/a.577610995686989.1073741829.568824709898951/675484065899681/?type=1