Adakah Lim Guan eng Dan DAP Juga Membantah Dengan Kuat Dan Berjuang Untuk Hak-Hak Ibrahim Ali, Perkasa Dan Pemimpin ISMA Apabila Mereka juga Dilarang Memasuki Sarawak?

Para zombie dari DAP mengatakan kita perlu mengharamkan pemimpin BN dari memasuki Pulau Pinang dan Selangor kerana Ambiga telah diharamkan daripada memasuki Sabah.

Komen-komen seperti ini membuatkan saya tertanya-tanya jika orang-orang ini belajar sejarah atau tidak atau samada mereka dari Malaysia atau sebenarnya cybertroopers dari Taiwan yang bekerja sebagai RBA.

Sementara itu, Tokong dan DAP memberi amaran kepada BN tentang ‘kemarahan’ pengundi-pengundi di Sabah selepas Ambiga tidak dibenarkan masuk ke Sabah.

Pertama, Ambiga juga dilarang memasuki Sarawak pada tahun 2011 dan larangan ini tidak ditarik balik sehingga sekarang tetapi saya tidak nampak sebarang kemarahan dari pengundi Sarawak dalam PRU13 tahun lepas.

Juga, adakah Tokong dan DAP juga membantah dengan kuat dan berjuang untuk hak-hak Ibrahim Ali, PERKASA dan pemimpin ISMA apabila mereka juga dilarang daripada memasuki Sarawak?

Kedua, adakah Pulau Pinang dan Selangor pernah menandatangani Perjanjian 18/20 Perkara Malaysia 1963 atau tidak? Jika tidak, bagaimana mahu menyekat orang daripada memasuki negeri ini?

Perkara 6: Imigresen

Kawalan ke atas imigresen ke dalam mana-mana bahagian di Malaysia dari luar harus dipikul oleh Kerajaan Pusat tetapi kemasukan ke Borneo (Sarawak & Sabah) yang perlu juga mendapat kelulusan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya mampu untuk veto kemasukan orang-orang ke dalam Borneo (Sarawak & Sabah) untuk tujuan Kerajaan Negeri kecuali atas bidang keselamatan.

Borneo (Sarawak & Sabah) harus mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas pergerakan orang lain daripada orang awam Kerajaan Persekutuan dari bahagian-bahagian lain Malaysia Borneo (Sarawak & Sabah).

Oleh Lim Sian See:
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1586378498247605?pnref=story